• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Bola Sepak / Akhirnya Harimau Malaya Bangun Dari Tidur

Akhirnya Harimau Malaya Bangun Dari Tidur

By Hazmin Hamudin | 29 November 2012 | 40 Comments

Harimau Malaya

Akhirnya Harimau Malaya Bangun Dari Tidur. Tahniah diucapkan kepada pasukan Harimau Malaya kerana Berjaya Berjaya menewaskan Laos dengan jaringan 4 – 1. Biasalah dekat Malaysia ni bila kalah dikutuk dan bila menang menggunung pujian yang dapat.  Kadang-kadang sampai seminggu tak abis puji lagi. Hehe.. Kira berbaloi jugaklah penyokong-penyokong mengkritik dan mengamuk selepas Malaysia tewas kepada Singapura hari tu. Kalau tak tidur lena jela Harimau ni dalam makmal.

Nampaknya percaturan ketua jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagobal untuk meraih kemenangan pertama pada aksi Piala AFF Suzuki akhirnya tercapai pada aksi Kumpulan B Piala AFF Suzuki yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil. Nampaknya bolehlah Datuk K. Rajagobal membalas balik kritikan yang dilemparkan oleh peminat kepadanya. Nak bangga sangatpun tak boleh jugak sebab Laos berada pada ranking lebih tinggi daripada Malaysia. Kira atas kertas Laos memang makanan Harimau Malaya la. Kalau berjaya kalahkan Indonesia Sabtu ni baru boleh dikira hebat sebab Malaysia memang perlu menang untuk layak ke pusingan separuh akhir Piala AFF Suzuki.

Pada perlawanan tersebut, gol-gol Malaysia dijaringkan oleh ketua pasukan Safiq Rahim melalui sepakan percuma cantik yang menuju tepat ke gawang gol Laos. Kemudian penyerang sensasi Harimau Malaya Safee Sali menjaringkan gol kedua diikuti oleh Wan Zack Haikal dan Khyril Muhymeen. Bila takda pemain kesayangan Rajagobal, Amar Rohidan barulah aku rasa jentera tengah pasukan Harimau Malaya nampak hidup sikit. Safiq Rahim ni pulak harap sepakan percuma jela. Kalau tak memang hancur hantaran-hantaran yang dia buat.

Perlawanan akhir peringkat Kumpulan B akan berlangsung pada Sabtu ni dengan Malaysia akan bertemu dengan Indonesia yang sememangnya merupakan musuh tradisi Harimau Malaya. Malaysia memang perlu menang pada perlawanan ni. Kalau seri masih berpelung untuk melangkah ke separuh akhir tapi kena harapkan Singapura kalah dengan Loas. Aku rasa memang tipis la Singapura nak tewas dekat Laos kan.

Banyak lagi yang perlu diperbaiki pada perlawanan menentang Indonesia Sabtu ni. Semalam pun masa berlawan dengan Loas banyak peluang yang disia-siakan oleh skuad Harimau Malaya. Harap peminat terus memberikan sokongan pada dan turun beramai-ramai ke stadium Sabtu ni.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • titan 1 December 2012 at 1:09 PM

    semoga bila main malam ni akan menang dengan lebih kacakkk lagi!

    Reply
  • TehR 1 December 2012 at 12:55 AM

    malam besok jadi penentunya, bro
    harap2 harimau dapat baham garuda sekali lagi

    Reply
  • schaze 30 November 2012 at 3:49 PM

    cuak nak tgu lwn dgn indon -_-

    Reply
  • fiezaradzi 30 November 2012 at 2:28 PM

    menjadi tendangan percuma safiq malam tu.. tahniah.. harap2 skuad negara main dgn baik lawan indonesia nanti

    Reply
  • Sadiq 30 November 2012 at 11:55 AM

    alhamdulillah..harimau dah bangun dari tidor =)

    Reply
  • onlajer 30 November 2012 at 11:33 AM

    Alhamdulilah harimau dah tak menguap lagi

    Reply
  • Encik Din 30 November 2012 at 11:25 AM

    Menang gak! lepas ni game yang agak tough dgn indonesia. harap boleh menang. momentum dah dapat, nak kene kekalkan lagi.

    Reply
  • donnyien 30 November 2012 at 2:59 AM

    Hai bro Hazmin,

    Tahniah sekali lagi buat pasukan Malaysia, harap berjaya kalahkan Indonesia sabtu ini.

    Reply
  • Amirez 30 November 2012 at 1:05 AM

    tahniah sebab menang. harapnya tak terlalu gembira dengan kemenangan ni utk berdepan dengan indon nanti

    Reply
  • krole 29 November 2012 at 10:21 PM

    aku doakn moga skuad negara mng lwn indon nnt..teruskan!!!

    Reply
  • Norizwan 29 November 2012 at 9:39 PM

    tahniah harimau malaya berjaya tebus maruah negara semalam…

    Reply
  • jal 29 November 2012 at 9:38 PM

    rakyat Malaysia memang macam tu, bila yang tak baik jer hantam bagai nak rak langsung sokongan moralpon tak nak bagi. xtahu lah apa masalah rakyat kita ni kan, btw tahniah malaysia kegagalan yang lalu bukan satu penghalang tetapi ianya satu batu loncatan untuk berjaya.

    Reply
  • jna 29 November 2012 at 8:59 PM

    yeayy see finally mereka berjayaaaa horeyyyyyyyyyyy

    Reply
  • beckhrooy 29 November 2012 at 8:34 PM

    harap boleh layak ke separuh akhir 🙂

    Reply
  • azura 29 November 2012 at 8:04 PM

    tak sabar tunggu sabtu

    Reply
  • JR 29 November 2012 at 8:02 PM

    Harap2 ada berita baik pd malam Sabtu ni….

    Reply
  • JR 29 November 2012 at 8:01 PM

    Harap2 ada berita baik pd malam Sabtu ni….

    Reply
  • mawardiyunus 29 November 2012 at 7:56 PM

    sempat gak layan huuhu

    Reply
  • papa mifz 29 November 2012 at 7:37 PM

    semoga berterusan cemerlang kepada pasukan Malaysia…

    Reply
  • dzuandiey 29 November 2012 at 6:13 PM

    jangan lepas ni sambung tidur lagi sudah la..hehe.. 🙂

    Reply
  • zool 29 November 2012 at 5:46 PM

    lepas ni kena sedia untuk melawan Indonesia pula

    Reply
  • yui 29 November 2012 at 3:51 PM

    alhamdulillah rezeka malaysia mlm td..

    Reply
  • Nad 29 November 2012 at 3:47 PM

    Akhirnyaaa… Haha. Tak sia sia lepak mamak malam td ^^

    Reply
  • syaifuddin alias 29 November 2012 at 2:59 PM

    harimau mengaum baham mangsa..hehe
    lawan garuda nanti ibarat perlawanan akhir..
    memang kena 120% prestasi kena bg komitmen

    Reply
  • boni kacak 29 November 2012 at 2:30 PM

    harap pasukan Malaysia akan teruskan rentak kemenangan..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 29 November 2012 at 6:17 PM

      rentak kemenangan ok lagi bro, jangan rentak pop yeh yeh dah la

      Reply
  • kesumaangsana 29 November 2012 at 2:14 PM

    happy sekejap sementara nak tunggu sabtu ni!

    Reply
    • Hazmin Hamudin 29 November 2012 at 6:17 PM

      Hehe.. Jangan lepas ni bersedih semuanya dah la kak

      Reply
  • Denaihati 29 November 2012 at 2:09 PM

    tahniah untuk harimau malaya. menentang indonesia lebih sukar nanti, moga dapat menundukan garuda.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 29 November 2012 at 6:10 PM

      Harap macam tu la bro Denaihati. Bertemu pasukan yang kuat sabtu ni.

      Reply
  • akubiomed 29 November 2012 at 1:06 PM

    Pasukan yang bakal bertemu dengan Malaysia bukan calang-calang iaitu pasukan Indonesia. Peluang jaringan gol banyak ketika bertemu dengan Laos cuma bahagian serangan gagal sempurnakan. Bagaimana pun tanniah buat skuad Harimau Malaya mula menunjukkan permainan sebenar.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 29 November 2012 at 6:09 PM

      Rasanya bahagian serangan perlu diperbaiki lagi. Banyak jugak peluang dilepaskan disia-siakan oleh barisan penyerang negara.

      Reply
  • Kakzakie Purvit 29 November 2012 at 12:39 PM

    Kita tunggu M’sia lwn Indonesia. Takut juga sebab dgn S’pore dah tewas.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 29 November 2012 at 6:07 PM

      Itulah. Malaysia kena Menang, tak boleh seri pun.

      Reply
  • sabree hussin 29 November 2012 at 12:06 PM

    yang penting perlawann yang akan datang nanti ni

    Reply
    • Hazmin Hamudin 29 November 2012 at 6:07 PM

      Perlawanan penentuan tu. Ibarat final pun ada jugak.

      Reply
  • jijah 29 November 2012 at 11:50 AM

    tahniah harimau malaya! insyaAllah kejayaan milik malaysia menentang indon nanti…

    sygnya tak dapat tengok… tv tak beli lagi…huhuhu

    Reply
    • Hazmin Hamudin 29 November 2012 at 6:06 PM

      Ala.. Kenapa tak beli TV lagi?

      Reply
  • nur anis 29 November 2012 at 9:53 AM

    yeayyyyy..good luck untuk sabtu ni pulak..:)

    Reply
    • Hazmin Hamudin 29 November 2012 at 6:06 PM

      Tu la, harap sabtu ni menangkan.

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Mari Berkempen Untuk Kebaikan

By Hazmin Hamudin

Ini Yang Dinamakan Rezeki

By Hazmin Hamudin

Tonton Filem Melalui Perkhidmatan Celcom Escape

By Hazmin Hamudin

Roti Sayur Di Yut Sun Restoran, Taiping

By Hazmin Hamudin

Sedap Ke Makan Steamboat ?

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2021 · Genesis Framework · WordPress · Log in