• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Hiburan / Dato’ Fazley Juara MasterChef Selebriti Malaysia 2012

Dato’ Fazley Juara MasterChef Selebriti Malaysia 2012

By Hazmin Hamudin | 17 July 2012 | 11 Comments

Dato' Fazley Juara MasterChef Selebriti
Sumber: Instagram Dato’ Fazley

Dato’ Fazley Juara MasterChef Selebriti Malaysia 2012. Tahniah diucapkan kepada Dato’ Fazley kerana telah berjaya menjadi juara MasterChef Selebriti Malaysia yang pertama. Rasanya ramai yang telah menjangkakan Dato’ Fazley yang akan menjadi juara dan jangkaan tersebut sememangnya tepat. Dalam pertandingan akhir tersebut, beliau telah bertarung dengan Angah Raja Lawak dan hanya diberi masa 2 jam sahaja untuk menghasilkan 3 hidangan.

Angah Raja Lawak telah mengunakan dapur Asia  menyediakan hidangan “Cyber”. Dato’ Fazley Yaakob pula menggunakan dapur barat telah menyediakan hidangan “Dari Paris Ke London.. Kekasihku”.

Mesti ramai yang sebakkan semasa Dato’ Fazley diumumkan sebagai pemenang? Mungkin dengan gaya percakapan beliau yang lembut dan juga nampak rendah diri menyebabkan ramai yang tertarik dan tersentuh hati, terus mengalirkan air mata. Terperasan jugak ibu aku sendiri seperti mengalirkan air mata. Hebat betul karakter Dato’ Fazley ni sehingga ramai yang sedih ketika menonton MasterChef Selebriti Malaysia peringkat akhir semalam.

Dengan kemenangan tersebut, Dato’ Fazley menerima wang tunai sebanyak RM57,000 untuk disumbangkan kepada Yayasan Jantung Malaysia yang diwakilinya setelah memberikan persembahan konsisten sepanjang 13 minggu program itu berlangsung.

Turut bertarung dalam MasterChef Selebriti ialah Farouk Hussein, Jehan Miskin, Salamiah Hassan, Thanuja, Serina Redzuawan, Siti Sarah, Azwan Ali, Tomok, Raja Azmi, Karl Shafeq, Dr Faiz, dan Louisa Chong.

Info:
Fazley – RM57,500 (Untuk Yayasan Jantung Malaysia)
Angah – RM7,500 (Untuk Pertubuhan Kebajikan Orang-Orang Kerdil)

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • puteri kasih 19 July 2012 at 12:43 AM

    memang suka dato fazley menang 🙂

    Reply
  • budak felda 18 July 2012 at 4:25 PM

    memang mantap la derr, tapi aku sebenarnya lebih kagum tgk angah raja lawak. memang terbaik la di boleh masuk final. Sapa sangka dia bole ke final. hihihi..:)

    Reply
    • Hazmin Hamudin 19 July 2012 at 3:15 PM

      Tu la, aku pun mengharapkan Angah yang menang. Tapi dia masuk final tu pun dah kira kagum gak la.

      Reply
      • budak felda 19 July 2012 at 7:04 PM

        btul tu kagum dgn dia sapa sangka pelawak boleh ke final

        Reply
  • Hafizul 18 July 2012 at 1:04 PM

    Haha..lepas ni boleh dah dato fazley nak bukak restoran..ke dah ada restoran sendiri ni??hehe

    Reply
  • anif 18 July 2012 at 11:52 AM

    Yang menang tentu ada keistimewaannya. Tahniah Dato’ Fazley.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 18 July 2012 at 12:04 PM

      Sudah pasti hidangan pencuci mulut berbentuk angsa merupakan keistimewaan Dato’ Fazley pada malam tersebut.

      Reply
  • Jebeng Otai™ 18 July 2012 at 2:55 AM

    tahniah kepada fazely…kecewa angah x menang,..huhu

    Reply
    • Hazmin Hamudin 18 July 2012 at 7:28 AM

      Tu la. Aku pun mengharapkan Angah yang menang. Haha

      Reply
  • akubiomed 17 July 2012 at 1:10 PM

    Sudah boleh agak kemenangan Dato’ Fazley. Saya kagumi Angah Raja Lawak kerana apa yang berlaku pada beliau adalah transformasi besar.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 July 2012 at 2:51 PM

      Itulah, sudah bolah diagak siapa yang akan menang. Kehebatan Angah juga tidak boleh dinafikan dan memang tidak disangka sama sekali.

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Mutu Pengangkutan Awam Di Malaysia

By Hazmin Hamudin

Semak Keputusan PMR 2012 Secara SMS Dan Online

By Hazmin Hamudin

Selamat Tinggal Blog

By Hazmin Hamudin

Hazmin Kena Sengat Lebah

By Hazmin Hamudin

Apabila Punch Card Rosak

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2025 · Genesis Framework · WordPress · Log in