• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Hiburan / Gambar Majlis Perkahwinan Azza Dan Watie Elite

Gambar Majlis Perkahwinan Azza Dan Watie Elite

By Hazmin Hamudin | 2 May 2012 | 5 Comments

Majlis Perkahwinan Azza & Watie Elite 1

Selepas dilanda kontroversi sekitar penghujung tahun lalu kerana menyorokkan pernikahan mereka daripada pengetahuan peminat dan juga pihak media, Norwati Sadali atau Watie Elite dan Zulkifli Daud (Joey) hari ini diraikan secara rasmi sebagai pasangan pengantin baharu.

Yang menariknya majlis resepsi perkahwinan yang berlangsung di Bangi, Selangor ini turut meraikan rakan baiknya iaitu Azza dan pasangannya iaitu Azlan Zulaily.

Majlis resepsi kedua-dua pasangan ini diadakan di kediaman Setiausaha Akhbar Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ruhaidini Abd Kadir.

Pada majlis tersebut, turut hadir bagi memeriahkan majlis adalah kerabat diraja Pahang iaitu Datuk Tengku Kamaruzaman. Manakala artis yang turut hadir adalah Mawi dan isteri, Ekin, Haiza, Maya, Zain Saidin, Sasha (Elite) dan Zila Bakarin.

Pada majlis tersebut, Watie dan Azza juga menerima kejutan daripada Tengku Kamaruzzaman yang telah menaja percutian ke Pulau Tioman kepada mereka sebagai hadiah berbulan madu.

Sementara itu, Watie yang kelihatan anggun dalam busana pengantin dari rona emas memberitahu berasa teruja dapat bersanding dengan rakan baiknya namun memohon maaf kerana tidak dapat menjemput semua kenalan ke majlis tersebut.

Watie dan Joey akan bersanding sekali lagi pada 7 Julai depan di Mydin Subang Jaya bersempena dengan karnival perkahwinan pasaraya itu dan berhasrat untuk menjemput semua kenalannya.

Majlis Perkahwinan Azza & Watie Elite 1

Sumber: mStar

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • Jebeng Otai™ 2 May 2012 at 10:43 PM

    majlis sama2 dgn kawan rapat..mmg happening.. 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 3 May 2012 at 9:47 AM

      Selalu adik beradik yang akan buat majlis macam ni. Kalau sesama kawan, mesti lagi happening.

      Reply
  • LangkawiHomestay 2 May 2012 at 2:11 PM

    tahniah..semoga berbahagia 🙂

    Reply
  • akubiomed 2 May 2012 at 1:35 PM

    Wah dilangsungkan sekali, jimat.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 2 May 2012 at 6:43 PM

      Tu la, rasanya jarang ataupun tiada lagi artis buat majlis sekali macam ni. Memang jimat la.

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Tiada Had Harga Telefon Pintar Untuk Rebat RM200

By Hazmin Hamudin

Rindunya Dekat Dia…

By Hazmin Hamudin

Tarikh dan Lokasi Lihat Anak Bulan Zulhijah / Aidiladha 2011

By Hazmin Hamudin

Bila Masa Aku Masuk Master Chef ?

By Hazmin Hamudin

Makan Steamboat Dekat Johnny’s Pulak

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2021 · Genesis Framework · WordPress · Log in