• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Hiburan / Gambar Majlis Pernikahan Azza (Elite) Dan Azlan Zulaily

Gambar Majlis Pernikahan Azza (Elite) Dan Azlan Zulaily

By Hazmin Hamudin | 1 April 2012 | 8 Comments

Tahniah diucapkan kepada pelakon dan penyanyi Azza(Elite) kerana akhirnya sah bergelar isteri kepada pramugara penerbangan AirAsia iaitu Azlan Zulaily dengan hanya tiga kali lafaz.  Kedua-dua pasangan itu dinikahkan oleh Imam Masjid Bukit Antarabangsa ustaz Hakim Abdul Rahman selepas solat Asar tadi.

Azza atau nama sebenarnya Nor Azzarima Zawari,34, kelihatan ayu mengenakan pakaian nikah rekaan Syafeq Aiman berwarna krim sementara solekan pula sentuhan Deq Sha.

Pada majlis itu pihak lelaki membawa sembilan dulang hantaran yang antaranyaterdiri daripada beg tangan, buah-buahan, Al-Quran, coklat, cincin, manisan serta emas kahwin berjumlah RM300. Pihak perempuan pula membalas sebanyak 11 dulang hantaran antaranya minyak wangi, sirih junjung, buah-buahan, cincin dan persalinan.

Kedua-dua belah pengantin bersetuju dengan jumlah wang hantaran sebanyak RM10,000.

Majlis yang serba sederhana itu turut dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak, rakan-rakan media serta teman artis seperti Rozita Che Wan, Roslan Shah serta anggota Elite iaitu Abby Abadi, Watie dan Sasha.

Gembira rasanya apabila melihat Azza yang telah hampir tujuh tahun hidup menyendiri akhirnya menemui pasangan yang sesuai. Tahniah diucapkan kepada Azza Elite dan Azlan di atas perkahwinan ni. Semoga berbahagia hendaknya hingga ke akhir hayat.

Azza Elite & Azlan Nikah 1

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • liyana nadia 5 April 2012 at 3:15 PM

    cantik lak azza nie … :))

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 April 2012 at 10:54 PM

      Masa kahwinkn semua pengantin kena cantik-cantik

      Reply
  • ch000tz 2 April 2012 at 6:16 PM

    mcm paparazzi ajer..hahaha ngedap retis!

    Reply
    • Hazmin Hamudin 2 April 2012 at 6:58 PM

      Saja je nak test theme blog yang baru ni. Mantap tak SEO theme ni. Kih3… Alasan…

      Reply
  • iEyLa 2 April 2012 at 4:16 PM

    hurmm..comey sngtt!!!! 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 2 April 2012 at 6:01 PM

      Harap diorg berkekalan 🙂

      Reply
  • titan 1 April 2012 at 10:27 PM

    kahwin juga. tahniah. lepas ni pakai tudung terus aa..

    Reply
  • akubiomed 1 April 2012 at 9:03 PM

    Tanniah keada Azza dan pasangannya. 🙂

    Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Gambar Majlis Perkahwinan Lisa Surihani dan Yusry KRU

By Hazmin Hamudin

Bila Internet Buat Hal

By Hazmin Hamudin

Kemalasan Melanda

By Hazmin Hamudin

Lampu Signal Bernilai RM 3k !!!

By Hazmin Hamudin

Menikmati Kesedapan Coconut Shake Klebang, Melaka

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2025 · Genesis Framework · WordPress · Log in