• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Hiburan / Gambar Majlis Pernikahan Fasha Sandha dan Jejai

Gambar Majlis Pernikahan Fasha Sandha dan Jejai

By Hazmin Hamudin | 28 April 2012 | 2 Comments

Gambar Majlis Pernikahan Fasha Sandha dan Jejai. Tahniah diucapkan kepada aktres sensasi Nur Fasha Sandha Hassan, 28, (Fasha) kerana sah bergelar isteri kepada usahawan Rizal Ashram Ramli, 36, (Jejai) di Hotel Crowne Plaza Mutiara malam semalam (27 April 2012).

Fasha Sandha & Jejai Nikah 1

Mereka telah dinikahkan oleh bapa kandung Fasha iaitu Hassan Umbichi Moideen kira-kira pada pukul 9.45 malam bersaksikan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Mohd Sahirman Ahmad. Dengan dua kali lafaz, pelakon sensasi lagi berkontroversi Fasha Sandha telah pun selamat menjadi isteri kepada Toh Muda Rizal Ashram Ramli atau Jejai.

Fasha Sandha & Jejai Nikah 2

Fasha Sandha & Jejai Nikah 3

Majlis itu dihadiri kira-kira 250 tetamu yang terdiri daripada bapa Jejai iaitu bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib, ibu kandung Fasha Hatijah Tehman dan bapa tirinya, Mohd Faisal, kaum keluarga, teman-teman rapat, rakan artis dan wakil media.

Fasha menerima mas kahwin sebanyak RM 8,888.88 tetapi enggan mendedahkan jumlah wang hantaran kepada umum. Fasha berkata angka lapan adalah kegemaran suaminya. Diusik mengenai jumlah tersebut sehingga memaksa Jejai melakukan akad nikah sebanyak dua kali, lelaki itu mengakui kesukaran menyebut angka berkenaan.

Pada majlis tersebut, Fasha kelihatan sangat cantik berseri-seri dalam persalinan kurung tradisional kontemporari rona putih ungu hasil rekaan Rizman Ruzaini dengan wajahnya dirias jurumekap terkenal, Saidatulnisa.

Fasha Sandha & Jejai Nikah 6

Fasha menerima tujuh dulang hantaran daripada pengantin lelaki yang berupa beg tangan berjenama Louis Vuitton, senaskhah Al-Quran dan sejadah, sebentuk cincin, coklat, Samsung Galaxy Note, mas kahwin dan tepak sireh. Sebagai balasan, Jejai pula menerima sembilan dulang hantaran iaitu sejadah, tepak sireh, sepasang kasut Salvatore Ferragamo, tali leher dan tali pinggang Louis Vuitton, sebuah buku motivasi, set penjagaan lelaki Dolce & Gabbana, coklat dan sebentuk cincin daripada pengantin perempuan.

Fasha Sandha & Jejai Nikah 4

Fasha Sandha & Jejai Nikah 5

Antara rakan rakan artis turut menyerikan majlis seperti Maria Farida, Tomok, Didie Alias, Faradhiya, Nor Aliah Lee, Rebecca Nur Al Islam dan Nadia Mustafar. Majlis diacarakan oleh penyampai radio popular Linda Onn.

Pemenang enam kali trofi Anugerah Bintang Popular Berita Harian itu mengenali Jejai sejak tujuh tahun lepas. Hubungan mereka menjadi intim kira-kira empat tahun lalu selepas Jejai bercerai dengan bekas isterinya yang juga pelakon Nora Danish.

Fasha Sandha & Jejai Nikah 7

Majlis resepsi perkahwinan Fasha Sandha dan Rizal Ashram (Jejai) bakal berlangsung di Bali. Majlis ini akan dihadiri oleh 100 jemputan khas.

Kredit gambar: Oh Bulan

 

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • akubiomed 28 April 2012 at 5:58 PM

    Selamat pengantin baru. Bermula kehidupan sebagai suami isteri.

    Reply
  • Jebeng Otai™ 28 April 2012 at 12:45 PM

    tahniah2..selamat pengantin baru..

    Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Penggodam Anonymous Ingin Menyerang Facebook

By Hazmin Hamudin

13 Robot Filem Transformers Dipamerkan Di China

By Hazmin Hamudin

Durian Puff Di Taste Better The Mines

By Hazmin Hamudin

Hari Bersejarah Blog Hazmin

By Hazmin Hamudin

Tuah Tok Imam Kahwin Gadis Muda

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2021 · Genesis Framework · WordPress · Log in