• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Berita / Golden Screen Cinemas (GSC) Mid Valley Megamall Terbakar

Golden Screen Cinemas (GSC) Mid Valley Megamall Terbakar

By Hazmin Hamudin | 2 November 2011 | 10 Comments

GSC Mid Valley Terbakar

Kalau sebelum ni kaunter tiket di Golden Screen Cinemas (GSC), Mid Valley Megamall memang tidak pernah lengang dengan lautan manusia yang beratur membanjiri seluruh kawasan tersebut untuk menonton wayang sambil membuat wayang kegemaran mereka.  Semalam, lautan manusia yang membanjiri kaunter tiket di GSC tersebut bertukar lengang apabila berlaku kejadian yang menggemparkan bagi kaki wayang yang rajin menjejakkan kaki ke  GSC, Mid Valley Megamall. Kalau tak bukan main susah lagi nak beli tiket wayang dekat sini.

Kenapa pulak tiba-tiba pangung wayang yang selalunya sesak boleh jadi lengang pulakkan ? Jawapannya boleh dibaca dekat bawah ni :

Orang ramai di sebuah pusat beli-belah terkemuka di sini, gempar selepas satu kebakaran berlaku di lorong kecemasan dalam sebuah pawagam di pusat itu, tengah hari semalam. Kebakaran pada jam 1.20 tengah hari itu bermula dari lorong kecemasan di dalam pawagam berkenaan sebelum api merebak ke kawasan lain.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pantai, Hamid Daud, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.22 tengah hari sebelum sebuah jentera dengan 11 anggota dihantar ke tempat kejadian.

Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi enam minit kemudian didapati api sudah dipadam, tetapi masih berasap tebal. Menurutnya, ketika kejadian, pawagam berkenaan kosong. Setakat ini, punca kejadian masih disiasat dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Sumber

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • tips 4 November 2011 at 4:28 PM

    kalau le berlaku malapetaka > dahsyat drpd itu, ketika kita berada di situ, ish! ish! ish!….

    Reply
    • Hazmin Hamudin 4 November 2011 at 6:50 PM

      kalau teruk terbakar parah gak rasanya masa tu. naseb takda apa apa

      Reply
  • ohcikgu 4 November 2011 at 12:04 AM

    huhu..boleh terbakar la pulak.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 4 November 2011 at 7:29 AM

      Boleh je kalau aspek keselamatan diambil lewa.

      Reply
  • ch000tz 3 November 2011 at 5:20 PM

    bukan ke kat tepi tu dekat ajer ngan parking thn org sap kok salu kat situ..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 3 November 2011 at 6:07 PM

      tak tau la mana yang terbakarnya…nasib tak terbakar semua..

      Reply
  • puanbee 2 November 2011 at 10:47 AM

    alorh nasib kecil je kan , kalau besar tak tahu lah apa jadi dgn mid valley tu ..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 2 November 2011 at 11:02 AM

      Kalau besar memang hilang la port melepak saya kak. Hehe

      Reply
  • Anarm 2 November 2011 at 10:37 AM

    ni mesti ade yang hisap rokok kat situ.. tak padam api rokok betul2.. main campak je lepas habis hisap..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 2 November 2011 at 10:47 AM

      Rasanya macam tu la. Mesti hisap rokok kat lorong kecemasan tu. Api tak padam betul la tu.

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Kembali Menggunakan Pengangkutan Awam

By Hazmin Hamudin

Ibu Dera Bayi Sendiri Telah Terima Hukuman Setimpal

By Hazmin Hamudin

Bersih 2.0 | Senarai Terkini Pemimpin Yang Ditahan Sempena Bersih

By Hazmin Hamudin

Kek Hari Lahir Untuk Saya

By Hazmin Hamudin

Trend Selfie Bulu Ketiak

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2021 · Genesis Framework · WordPress · Log in