• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Bola Sepak / Kekalahan Memalukan Brazil Di Piala Dunia

Kekalahan Memalukan Brazil Di Piala Dunia

By Hazmin Hamudin | 9 July 2014 | 24 Comments

Brazil vs Germany Fifa World Cup 2014 Semi Finals

Yup… Memang suatu kekalahan memalukan Brazil di Piala Dunia lebih-lebih lagi apabila beraksi sebagai tuan rumah untuk edisi Piala Dunia 2014 ni. Bukan kalah kecik weh, tapi kena kitai sampai tujuh gol oleh Jerman. Keputusan perlawanan separuh akhir yang berlangsung di Estadio Mineiro di Belo Horizonte berakhir Brazil 1 – 7 Jerman. Macam tak percaya, tapi itulah hakikat yang harus ditelan oleh peminat pasukan Brazil.

Selaku pasukan yang pernah memenangi Piala Dunia paling banyak iaitu sebanyak lima kali, kekalahan ini memang sangat memalukan selepas berjaya di ayam-ayamkan oleh Jerman. Langsung tak melawan aku rasa. Haha. Permainan Brazil yang longlai menyebabkan mereka diejek dan dihina oleh penyokong mereka sendiri. Sape tak malu kalau pasukan hebat macam Brazil kalah besar macam tu.

Jangan cakap peminat dari negara Brazil je yang kecewa, peminat dekat Malaysia ni pun aku tengok tak kurang kecewanya. Sungguh kecewa dan berdukacita dengan kekalahan negara kelahiran mereka itu. Semangat patriotik dengan menyokong negara asal usul macam inilah yang kita mahukan. Haha.

Ada yang cakap Brazil kalah sebab ketiadaan Neymar yang tidak dapat beraksi akibat keretakan tulang belakang. Bola sepak ni permainan berpasukan. Bukan main secara individu. Kalau nak harapkan Neymar sorang ni la jadinya.

Dengan kemenangan besar itu, Jerman melangkah dengan bergaya ke final untuk bertemu pemenang antara Belanda dan Argentina yang akan berentap untuk satu lagi slot akhir. Kalau Argentina yang layak, boleh dikatakan perlawanan yang menarik jugak sebab pertembungan antara pasukan Jerman dari Eropah dan Argentina dari Amerika Selatan.

Brazil pula akan bermain dalam penentuan tempat ketiga dan keempat pada 13 Julai ini. 

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • syazana zainn 13 July 2014 at 4:10 PM

    GO GERMANY! GO!

    haha

    Reply
  • anies 11 July 2014 at 11:39 AM

    brazil x sediakan plan B, C, D etc… neymar dan silva bkn penyebab… lawan columbia pn terkial2

    Reply
  • Lagenda Mahsuri 11 July 2014 at 10:09 AM

    Mak yg x tgk bola ni pun bileh terbuntang mata bila tgk masa pertama tu 5-0! Ingtkan mak tgk piala malaysia pg2 subuh tu. Kah kah kah

    Reply
    • Hazmin Hamudin 11 July 2014 at 10:27 AM

      Hina mak. Hahaha. Piala Malaysia ye?

      Reply
  • titan 10 July 2014 at 5:19 PM

    dah agak brazil akan kalah.

    the only sebab..neymar takde je..semua pemain tak menjadi. Terutamanya barisan striker.

    Reply
  • suriaamanda 10 July 2014 at 2:08 PM

    Memang teruk kena hentam…penyokong pun terpaksa diam….

    Reply
  • Strider 10 July 2014 at 12:54 PM

    sebagai lalang, keputusan tu agak mengejutkan especially aku yang tengok kat kedai..aku mengharapkan ada lawan sorak tapi sayangnya majoriti penyokong brazil balik bila half time..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    Reply
  • Padin 10 July 2014 at 9:26 AM

    keluar rumah 0-0, sampai kedai 4-0.. ekekee

    Reply
  • JR 9 July 2014 at 6:09 PM

    Di hujung2 permainan nampak Jerman pun tak bernafsu nak menjaringkan gol, mungkin nak jaga hati peminat Brazil jika tuan rumah dimalukan dengan lebih banyak gol. Tengoklah Ozil dia ada peluang jaringkan gol, tapi macam sengaja disepak keluar. Bila jaringkan gol-gol ke-5, 6 dan 7 juga mereka tak raikan, relaks aje…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 10 July 2014 at 8:17 AM

      Memang memalukan sebagai tuan rumah dan juara dunia kena bantai dengan jaringan yang besar macam tu kan bro JR. Jerman sendiri pun tak sampai hati.

      Reply
  • Mohd Shubhi 9 July 2014 at 4:55 PM

    Memang bola tu bulat…sukar diramal!

    Reply
    • Hazmin Hamudin 10 July 2014 at 8:16 AM

      Kekalahan yang besar ni pun ramai yang tak sangkakan.

      Reply
  • Sop 9 July 2014 at 4:18 PM

    itu lah. mmg xsangka
    brazil antara sop rasa boleh ke final tp habis… hahaha
    biasala kan.. bola itu bulat.. hehehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 10 July 2014 at 8:16 AM

      Ramai yang ingat Brazil boleh masuk final kan bro Sop. Tapi kena tibai dengan jaringan yang besar pulak.

      Reply
  • fyna 9 July 2014 at 3:44 PM

    memang memalukan. kekalahan yang sangat teruk.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 10 July 2014 at 8:15 AM

      Itulah.. Teruk Brazil kalah.

      Reply
  • tiha 9 July 2014 at 3:07 PM

    teruk jugak ek brazil kena tibai

    Reply
    • Hazmin Hamudin 10 July 2014 at 8:15 AM

      Itulah, Memang terukpun kena dengan jaringan besar macam tu.

      Reply
  • Anuar 9 July 2014 at 11:08 AM

    Kesian tengok Brazil di Aibkan di laman sendiri oleh pasukan Jerman… dengan jaringan besar pula tu… Rekod kekalahan yang memalukan buat pasukan Brazil.. huhuhu

    Reply
    • Hazmin Hamudin 10 July 2014 at 8:15 AM

      Memang memalukan bro kalau pasukan hebat kalah dengan jaringan besar macam tu.

      Reply
  • Anak Askar Pencen 9 July 2014 at 11:02 AM

    Pada aku, Brazil patut kekalkan kreativiti gaya samba mereka. Tak payah nak ikut sangat gaya bolasepak pragmatik style Eropah.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 9 July 2014 at 11:06 AM

      Betul tu bro. Kebanyakan pasukan bola termasuk Asia sendiri dah terikut gaya permainan Eropah. Hilang dah identiti samba Brazil tu kan.

      Reply
  • akubiomed 9 July 2014 at 10:46 AM

    Dengan mudah pemain Jerman ayamkan pertahanan Brazil.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 9 July 2014 at 11:06 AM

      Itulah.. Separuh masa pertama dah kena sampai lima gol. Memang nampak tertekan betul Brazil.

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Dapat Baju Melayu Percuma

By Hazmin Hamudin

Nasi Ayam Goreng Kunyit Mat Rock

By Hazmin Hamudin

Pagi Yang Nyaman Di Taiping

By Hazmin Hamudin

Betul Seperti Yang Di Sangkakan

By Hazmin Hamudin

Penutupan Jalan Dataran Merdeka Sempena Perhimpunan Bersih 3.0

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2026 · Genesis Framework · WordPress · Log in