• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Work / Keputusan Peperiksaan Online Penguasa Kastam Gred W41

Keputusan Peperiksaan Online Penguasa Kastam Gred W41

By Hazmin Hamudin | 10 September 2014 | 30 Comments

Keputusan Peperiksaan Penguasa Kastam Gred W41

Semalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengumumkan keputusan peperiksaan online Penguasa Kastam Gred W41 yang telah dijalankan pada 6 September 2014 yang lepas. Aku tahu mengenai pengumuman ni pun lepas tengok Facebook SPA. Sekarang ni semua benda mudah dan cepat sampai kepada pengguna kalau disebarkan melalui media sosial.

Terkejut jugak aku sebab tak sampai seminggu menjawab peperiksaan, keputusan bagi peperiksaan ni sudah dikeluarkan dan boleh disemak oleh semua calan. Masa aku pergi Kursus Khas Panduan Peperiksaan Penguasa Kastam Gred W41 hari tu, Pegawai SPA cakap keputusan akan dikeluarkan dalam masa seminggu ke dua minggu paling lewatpun. Ini betul-betul laju.

Berdebar jugak la nak semak keputusan peperiksaan ni memandangkan aku tak sempat nak jawab Bahagian B dengan jayanya. Laju je aku terus semak keputusan dengan klik pada pautan yang diberi.

Alhamdulillah. Syukur sangat lepas tengok mesej yang terpampang pada skrin.

Tahniah anda BERJAYA. Anda akan dipanggil temuduga pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Macam tu la bunyi mesej yang aku dapat. Aku pun tak tahu nak gambarkan macam mana perasaan pada masa tu. Serius, macam tak percaya pun ada juga. Dalam hati memang seronok sangat la dengan keputusan yang aku dapat ni. Nak menjeritpun ada. Tapi aku tahan. Karang terlebih excited pun tak boleh juga. Ada lagi satu halangan terakhir yang aku kena lalui.

Eh.. Untuk pengambilan Penguasa Kastam ni tiada ujian fizikal ke? Ya, memang tiada ujian fizikal untuk pengambilan kali ni. Itu apa yang dimaklumkan semasa aku hadiri Kursus Khas Panduan Peperiksaan Penguasa Kastam Gred W41. Memang rugi kalau aku tak jawab betul-betul peperiksaan ni. Lepas dah lulus peperiksaan terus hadiri temuduga tanpa ada ujian fizikal.

Mengikut statistik oleh SPA, seramai 56,546 orang telah menduduki peperiksaan dan seramai 6,236 (11.02%) calon telah diperakukan lulus. Boleh tahan juga ramai untuk merebut jawatan yang tak seberapa banyak tu. Memang sengit persaingan nanti ni.

Dalam bergembira ni sebenarnya terdapat juga calon yang menghadapi masalah teknikal semasa menjawab peperiksaan pada 6 September 2014 yang lepas. Alhamdulillah aku sendiri tidak menghadapi masalah teknikal langsung semasa menjawab peperiksaan pada hari tersebut. Memang lancar sepanjang menjawab soalan. Yang dihadapi hanyalah masalah tak tahu nak jawab soalan je. Hehe. Terima kasih lah dekat Cyber Cafe yang menyediakan perkhidmatan internet yang laju dan sistem komputer yang power.

Bagi calon yang menghadapi masalah teknikal tu, SPA memberi peluang kedua pada hari ini 10 September 2014 untuk menjawab semula soalan, jam 8.00 malam sehingga 10.55 malam. Tapi sebelum tu kenalah buat aduan dulu dekat SPA.

Untuk yang berjaya lulus peperiksaan hari tu, aku nak ucapkan tahniah juga. Bukan senang nak lepas sehingga ke peringkat ni. Semoga berjaya untuk peringkat temuduga pula.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • effa melifie linipong 20 April 2021 at 10:15 AM

    SPA9

    Reply
  • EFFA MELIFIE LINIPONG 25 February 2021 at 2:23 PM

    APPLY JWTAN KOKOSONGAN POLIS SPA POLIS

    Reply
  • noorra 4 November 2014 at 12:45 PM

    assalamualaikum.. so macam mana result temuduga?

    Reply
    • Hazmin Hamudin 4 November 2014 at 12:50 PM

      Dukacita

      Reply
      • noorra 4 November 2014 at 1:07 PM

        Sy dpt simpanan lantikan… harapan la nampaknya… so, sy pun tengah berdukacita ni… uuwwwaaa…

        Reply
        • Hazmin Hamudin 4 November 2014 at 1:29 PM

          Ok la tu awk dapat simpanan. Ada harapan lagi tu kan.

          Reply
  • Mieya Atiera 18 September 2014 at 12:41 PM

    Wah. tahniah.

    Reply
  • Toni 16 September 2014 at 4:10 PM

    Selamat anda berhasil dalam peperiksaan SPA
    Semoga berhasil juga untuk sesi selanjutnya 🙂

    Reply
  • Myra Jay 15 September 2014 at 10:04 AM

    Tahniah!!
    dan semoga berjaya dalam sesi temuduga ye 😀

    Reply
  • amirulfaiz 14 September 2014 at 12:10 PM

    Harapan saya, dengan pelbagai tapisan dan saringan yang nampak rumit itu, pihak Kastam dapatlah calon yang jujur dan telus dan tak kelabu mata bila uruskan transaksi ribu-ribu ringgit. Sekian, terima kasih. 😀

    Reply
  • hafiz 12 September 2014 at 3:25 PM

    Tahniah bro…good luck untuk interview nanti

    Reply
  • Ismail N 12 September 2014 at 11:25 AM

    Adehhh, jiran kawe kastam. Boleh inform dia lah 😀

    Reply
    • Hazmin Hamudin 12 September 2014 at 11:34 AM

      Macam terbaik je ni bro. Kihkih.

      Reply
  • ajumohit 12 September 2014 at 9:52 AM

    tahniah bro, akak dah stop
    apply gomen ni, alhamdulillah kerja skrg sngat puashati benefitnya

    Reply
  • Cikgu Hairul 11 September 2014 at 10:32 PM

    Tahniah bro. Lepas berhempas pulas study akhirnya berjaya. Kawan aku pun ada gak yang ambik exam haritu. Berjaya jugak. Sekarang dah jadi cikgu, masih lagi rebut peluang ambik exam. Kesian gak kat mereka yang tak terpilih sebab ada orang2 macam tu.

    Reply
  • Ezad Skytech 11 September 2014 at 9:02 PM

    Alhamdulillah…tahniah bro, aku pun tumpang gembira dengan berita baik ni…semoga berjaya untuk menempuh stage yang seterusnya… 😀

    Reply
  • LydSunshine 11 September 2014 at 4:42 PM

    tahniah min. lepas ni gaji besar la dia.

    Reply
  • ema 11 September 2014 at 3:00 PM

    Alhamdulillah, tahniah diucapkan.

    Reply
  • siti 11 September 2014 at 2:00 PM

    congratz u berjaya at the 1st stage…untungla xde masalah teknikal ye..kita ni punyala susah nk masuk…bila dh masuk jawapan byk xboleh save…last2 failed(plus xreti jwb hik3)…hehe..tp alhamdulillah second exam pass…so sama2 kita usaha utk interview nanti k..gudlux..

    Reply
  • sabree hussin 11 September 2014 at 2:38 AM

    tahniah sebab lulus exam, lepas ni saya doakan lulus temuduga pulak

    Reply
  • jari manis 10 September 2014 at 5:48 PM

    Tahniah…ruginya JM x apply..semoga berjaya dalam interbiu jgak

    Reply
  • JR 10 September 2014 at 5:40 PM

    Tahniah…semoga berjaya dalam temuduga dan seterusnya melepasi tapisan-tapisan selanjutnya…

    Reply
  • Zali 10 September 2014 at 5:08 PM

    Tahniah bro. Selamat menghadapi halangan seterusnya.

    Reply
  • myrujukan 10 September 2014 at 4:10 PM

    tahniah bro kerana berjaya, lepas ni kena prepare temuduga plak

    Reply
  • 4feet8 10 September 2014 at 1:11 PM

    tahniah min.

    Reply
  • siti maimun 10 September 2014 at 12:24 PM

    tahniah..tahniah… saya x berjaya pon..huhu
    nak try malam ni…

    Reply
  • akubiomed 10 September 2014 at 10:45 AM

    Tanniah bro. 🙂

    Reply
  • Nafira 10 September 2014 at 10:41 AM

    Tahniah yer.. tumpang happy juga. 🙂

    ramai juga kawan2 yang komplen pasal peperiksaan on9 nih.
    byk faktor jugak yang boleh menggangu kelancaran peperiksaan on9 nih kan~

    Good luck yer untuk temuduga nanti..:)

    Reply
  • norhidana 10 September 2014 at 9:45 AM

    alhamdulillah n tahniah… moga berjaya dlm interview nnti… kt opis akak nih pun ada beberapa org yg amik peksa n gagal tp takpe blh cube lg n lg kan…

    Reply
  • iammisslifesaver 10 September 2014 at 8:47 AM

    Betul ek takde ujian fizikal? hehehe..macam x caya..but alhamdulillah lulus. one step to go! hehe. good luck encik!

    Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Pentingkan Diri Sendiri

By Hazmin Hamudin

Sifat Ego Cetus Perselisihan Faham

By Hazmin Hamudin

Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M 2.0 Telah Diluluskan

By Hazmin Hamudin

Laman Web Blogger Pulak Kena Block

By Hazmin Hamudin

Kembali Pulang

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2023 · Genesis Framework · WordPress · Log in