Macam ni rupanya CPUV Nuffnang yang sibuk diperkatakan oleh blogger-blogger di luar sana yang gilakan duit. Blogger memang sibuk dok kejar nak dapatkan CPUV ni dekat blog. Kalau dah dapat tu siap ada yang berlumba – lumba tayang lagi CPUV apa yang tengah berlegar dekat blog. Akupun apa kurangnya. Tengah tayang jugak ni kan.
Aku dari dulu lagi kalau melawat blog rakan – rakan yang sibuk tayang CPUV ni memang boleh membikin hati ini sedikit panas dan tercabar jugak. Pelik jugak apasal CPUV ni bukan main liat lagi nak melakukan kunjungan ke blog aku. Apa blog aku ni tak best ke? Haha. Ikhlas aku cakap memang tak bestpun kan.
Semalam tergerak hati aku nak bukak Nuffnang. Dulu rajin la nak bukak hari – hari dashboard Nuffnang ni semata – mata nak tengok statistik dan trafik blog. Sekarang ni dah malas dah nak fikir itu semua. Bila aku bukak bahagian earnings terpandanglah aku CPUV ni. Oh, akhirnya aku dapat jugak CPUV yang dok sibuk sangat selama ni.
Best sangat ke? Oh, tak best rupanya. Oh, sikit rupanya duit yang dapat. Oh, bulan Mac punya. Banyak pulak ‘oh’ yang aku taip tanda aku ‘kagum’ dengan CPUV dari Nuffnang ni. Kalau tengok start date adalah pada bulan Mac tapi apasal masa aku tengok bulan Mac takda pulak CPUV tu. Sekarang ni dah bulan Mei baru nak muncul. Hasilnya pula sangat ‘lumayan’ ko. Macam ni akupun nak CPUV tiap – tiap hari la. Eh.. Banyak la tu kan. Siapa cakap sikit. Memandai je korang ni cakap sikit.
Dengan earning RM0.07 tu kejap lagi aku nak buat modal beli nasi ayam masa lunch kejap lagi. Siapa cakap tak cukup nak beli nasi ayam. Huh. Terima kasih Nuffnang sebab bagi aku CPUV yang ‘lumayan’ tu. Korang ada?
Ini CPUV yang curi-curi masuk, dah kredit dah pon. sebab tu sikit je. Tapi kalau yang dapat yang berstatus on going, kalau trafik tinggi memang masyuk.
Tak pernah bro..selama setahun tak pernah dapat lagi..huhu
Setahun ok lagi tu. Aku dah 2 tahun pun tak dapat merasa lagi ni.
Hahaha..susah jugak ekk menda ni..emm
Nanti saya nak try pasang ads Nuffnang lah kat blog saya kalau macam ni…
Sekarang pakai ads apa bro? Ke suci murni takda ads? Hehe
Baru je pasang ads nuffnang bro,test utk sebulan dulu,kalau sesen pun takda,nak sucikan balik blog aku tu,hehe..
Haha.. Kalau dalam tempoh sebulan memang susah la bro. Macam aku pun bertahun jugak la.
dah lama tak guna nuff ni,baru tahu juga la
ohh..macam itulah rupanya ya..
Macam tu la dia.
Den tgh tunggu RM112…ahakz
Pergh.. Banyak duit bro.
Dah lama tak dapat sebab dah malas nak blogging. Tapi kalau tetiba nampak, memang eksaited habis! 😛
Hehe.. Kenapa malas nak blogging. Jangan blogging sebab iklan. 🙂
sis pun baru dapat… lepas ni ingat nak book kapal selam sebijik heheh
Wah.. Lagi ganas sis ni. Terus buat modal beli kapal selam.
huh kan dah dapat bro 🙂 tahniah taniah
Belum lagi. CPUV ni masalah teknikal daripada Nuffnang ni. Hehe
den dah lama tak dapat CPUV…sedih…huhu
Nanti ada la rezeki tu bro. Dapat jugak merasa daripada aku ni yang tak merasa. Haha
tak pe bro rezeki belum sampai… buat improvement bro… try iklan laen..
Kalau trafik dah kencang memang nak berpindah je dengan pengiklanan yang lain.
takpe nnti ada rezeki HH, yang penting rajin update blogger profile nuffnang, lagipun blogging suka2 😉
InshaAllah kak. Mungkin belum rezeki lagi. Wah, ada tips la. Hehe
Hehehe..macam ni rupanya..tahniah..saya belum ada peluang dapat mcm ni lagi..haha
Aik. Tak pernah dapat CPUV ke bro?
aku memang takde cpuv atau mpv dari nuffnang. dah lama aku singkirkan. hihi
Hehe.. Mungkin bro berminat dengan SUV? hahaha
serius! Ini lawak terbaik yang pernah saya baca… sabar HH, ada rezeki, tak ke mana CPUV tu. Teruskan menulis blog, berkongsi dan merapatkan ukhwah dengan penulis lain. Itu lebih penting 🙂 Semoga CPUV yang akan datang, lebih mantop dan masyuk berbanding CPUV yang ni….
Hehe.. Ramai yang terkena dengan lawak Nuffnang ni. Betul tu mama, yang penting ukhwah sesama blogger. Harap lepas ni adalah CPUV yang betul sudi singgah.
hehehe..sabor bro..hehe..nuff biasa la tu..
Diorang nak bergurau dengan blogger tu.
nanti dia takut..dia bagi la banyak2 bro..hehe
tahniah
kurang2nya tahu la juga bagaimana rupanya
moga2 akan lebih kencang lagi nanti
Itulah. Harap lepas ni adalah CPUV yang nak singgah ke blog ni.
tah nuff nih tahu-tahu dah ada
Hehe.. Pandai betul diorang bergurau dengan blogger kan.
sebenarnya Nuffnng tengah menggila time tu kot ..saya dapat 4 CPUV tapi semua dah dicredited.. ceiitt … memang marah juga..tapi lepas ni kalau jadi lagi macam ni, memang saya tukar KOMLI..hahaha
Kalau rasa KOMLI lagi masyuk baik tukar je bro. Macam saya tak layak lagi nak pakai KOMLI ni. Hehe
haha..dulu pakai blog spudinpunya tu memang masyukk .. tapi tak boleh dah sebab dah ubah blog baru..hehehe… jadi, biar ajelaa..haha
Aku masih tak faham apasal ko buat blog baru. Ada masalah apa dengan blog lama tu sebenarnya?
hahaha ..semuanya melastik bintang yg tau .. saya dah malas nk fikir blog tu..kekeke
iklan blog ni sambil2 je, kalau ada, adalah, kalau takde, takdelah.
Saya pun saja-saja. Tapi tipulah tak nak merasa langsung. hehe. Seronok jugak berblog sambil tu boleh tambah kawankan.
aiyak,,typing error plak bukan gelak2, tp gerak-gerak.
* tu lah akibat baca blog smbil sengih baca kisah lawak dr rakan blogger. =p
Hehe… Kisah lawak apa la tu yang dibaca sampai tersilap taipkan..
dah tak tau dah mcm mana sistem Nuffnang nih, tp saya suka tengok iklan tuh gelak-gelak.
Aku pun dan kecewa dengan nuffnang before dpat dia cakap lain, bila dah dpat kita claim dia cakap lain lak huiii
Ramai jugak yang kecewa dengan Nuffnang ni ye. Hehe
Apapun kita bersyukur, pelan2 memula sikit lepas tu masyukk 🙂
Memang bersyukur MJ. Harap lepas ni ada la yang sudi singgah. Hehe
skrg ni CPUV pun macam ada had dia (pendapat la) sistem tidak pasti
CPUV sama macam perklik, tidak sentiasa keluar. cuma masa-masa tertentu sahaja. jika keluar maka akan dapat eraning berbanding CPC yang perlu klik
Jika masa iklan tengah meriah keluar, jika banyak trafik mmg masyuk bro
Ada blogger yang boleh dapat beratus2 dgn CPUV ini 🙂
apa2 pun plg penting percaya kepada rezekiNya
mana2 boleh dapat kan.. hehehe
Memang tak dinafikan ada blogger yang boleh buat duit dengan kencang apabila mendapat CPUV ni. Tapi nak dapat CPUV ni bukan main payah lagi. Hehe
Kedatanganya macam tak disangka,
Ramai yang terkejut dengan kedatangnya kali ni.
aku rasa tu bukan cpuv yg betul2, mcm dulu juga silap sistem agaknya, dulu pun pernah macam ni
Akupun rasa. Takkan sikit sangat. Macam-macam la Nuffnang ni.
kalau cpuv banyak tapi duit masuk tak banyak acaner :p hehehehe
Takpa, sekurang-kurangnya merasa jugak dapat CPUV banyak. Saya langsung tak merasa. Yang ni pun sebab masalah teknikal rasanya.
tensen maccam n,,sama la…nak tukar komli pasnni..ahaha
Komli lagi masyuk ke bro? Hehe
Sejak Nuff menukar sistem baru makin susah untuk mendapat CPUV. 🙂
Saya langsung tak pernah merasa CPUV daripada Nuffnang ni bro.
CPUV yang tertera tu rasanya masalah teknikal dari nuffnang..kebanyyakkan blogger dapat benda yang sama termasuk puteri. Benda yang dah credited. CPUV yang sebenarnya selalunya statusnya masih ongoing dan tidak seciput itu. 🙂
Itulah.. Pelik jugak CPUV selumayan macam tu. Rasanya ramai yang dapat. Mungkin masalah teknikal Nuffnang ni.
Saya jarang buka Nuffnang..nanti nak kena check jugak ni..mana tahu dapat hasil ‘lumayan’ macam bro jugak.. 🙂
Hehe.. Mesti bro pun dapat jugak hasil ‘lumayan’ daripada Nuffnang ni.
tahniah sekali lagi untuk admin.
Terima kasih suri.
syukur yeah dah dapt samalah dg saya ni
Saya juga tergerak hati nak check tadi berapa dapat CPUV. Oooiiii…banyaknya CPUV saya dpt…RM0.05!!! Zaman moyang kita dulu 5 sen dah boleh beli secawan kopi dan sebungkus nasi lemak sebab harga secawan kopi masa tu baru 1 sen. Kalaulah 5 sen yg saya dpt tu dpt dibawa ke zaman dulu….
Kalau zaman dulu memang macam-macam boleh buat tu bro JR. hehe. Tapi apa nak buat. Hidup terus ke hadapan.
Macam itulah ghupanya. Moga2 ada yg melekat lagi lepas ni…yeahhh!
Harapnya macam tu la. Siapa yang tak nak CPUV ni kan.
kalau dah start ada, insyaALLAH lepas ini byk..
jgn plak ada yg berblog semata2 nak duit plak. itu sampingn je..ada ok takde pon takpe =)
Betul tu, tp mmg ada yg buat blog sbb nak duit sampingan..betul tak?
Tipulah kalau cakap buat blog tak nak duitkan. Kalau tak nak duit kenapa pasang iklan. Hehe
hahaha..saya baru check akaun nuffnang saya….eh,pun baru ada CPUV ni…ciput aja la…tak kisah la…saya berblog saja suka2..utk kepuasan diri..:)
Hehe.. Rasanya Nuffnang ada problem ni doc. Ramai dapat CPUV macam ni.