• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Berita Terkini / Presiden Libya Muammar Gaddafi Disahkan Terbunuh

Presiden Libya Muammar Gaddafi Disahkan Terbunuh

By Hazmin Hamudin | 20 October 2011 | 4 Comments

Presiden Libya, Muammar Gaddafi dikatakan telah terbunuh dalam serangan pihak pemberontak di  bandar Sirte, Libya. Sumber awal mengatakan bahawa Muammar Gaddafi terbunuh kerana kecederaan teruk pada dirinya ketika serangan kerana ketika ditangkap presiden Libya tersebut masih hidup.

SIRTE (Libya): Pihak berkuasa Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) mengesahkan bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi ditangkap dan kemungkinan terbunuh di bandar kelahirannya, Sirte, dalam serangan yang dilancarka Pejuang Revolusi negara itu, sebentar tadi.

Menteri Penerangan Libya, Mahmoud Shammam, berkata beliau mengesahkan Gaddafi terbunuh selepas mendapat maklumat daripada Pejuang Revolusi yang melihat sendiri mayat bekas pemimpin negara itu.

“Anggota kami di Sirte sudah melihat mayatnya….Mustafa Abdul-Jalil (Pengerusi NTC) akan mengesahkan perkembangan terbaru itu tidak lama lagi. Pejuang Revolusi memberitahu bahawa Gaddafi kelihatan menyertai satu konvoi dan mereka menyerang konvoi berkenaan,” katanya di sini, sebentar tadi.

Selanjutnya di SINI

Sekarang ni pun berita di CNN, BBC dan juga Al-Jazeera sedang sibuk membuat liputan dan memaparkan berita mengenai kematian Presiden LIbya ini. Berikut merupakan gambar yang dirakam melalui telefon kamera menunjukkan bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi cedera parah sebelum disahkan terbunuh dalam serangan pejuang revolusi di bandar kelahirannya, Sirte, Tripol.

Muammar Gaddafi Terbunuh
Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • alongxp 22 October 2011 at 8:08 PM

    fuuuhhh… ngeri tul rupa dia tu…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 23 October 2011 at 6:57 AM

      tu la pasal… kesian pun ada gak… tapi tu la.. dah kejam sangat dengan rakyat.

      Reply
  • syamila 21 October 2011 at 8:44 AM

    dah sampai ajalnya…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 21 October 2011 at 9:12 AM

      Tu la… Tapi rasa macam tak patut pulak dia mati dengan cara macam tu…

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Gambar Majlis Pernikahan Azza (Elite) Dan Azlan Zulaily

By Hazmin Hamudin

Wordless Wednesday | Di Gigit Gajah

By Hazmin Hamudin

Tablet 1Malaysia Pad Telah Dilancarkan

By Hazmin Hamudin

Jangan Nak Monday Blues Sangat

By Hazmin Hamudin

5 Perkahwinan Terpelik Di Dunia

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2025 · Genesis Framework · WordPress · Log in