• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Work / Seronok Bekerja Sehari Sebelum Raya

Seronok Bekerja Sehari Sebelum Raya

By Hazmin Hamudin | 14 October 2013 | 37 Comments

Meja Kerja

Seronok bekerja sehari sebelum raya ni. Haha. Ayat penyedap hati? Mungkin jugak. Tapi orang bujang macam aku ni apa ada hal nak kerja sehari sebelum raya. Memang seronokpun. Ada siapa-siapa yang bekerja jugak hari ni macam aku? Boleh join the club.

Eh, apa yang seronok bekerja sehari sebelum raya ni? Pertama sekali yang aku suka ialah jalan pagi-pagi tak jammed. Balik kerja tu belakang cerita. Kalau yang bekerja betul-betul di tengah bandar Kuala Lumpur ni memang setiap hari berdepan masalah kesesakan lalu lintas ni. Hari ni pergi kerja memang jalan clear. Kira boleh senyum je sambil memandu. Haha.

Takkan tu je. Lagi? Part ni pun best jugak. Bila tiba hari raya, sudah pasti ramai yang berlumba-lumba isi borang cuti tak kira la secara online ataupun manual. Yang tinggal dekat pejabat berapa kerat jela. Haha. Tak seronok bekerja kalau dekat ofis tinggal berapa orang staf je? Dengan bos sekali cuti memang terasa heavenΒ dekat ofis ni.

Tapi nasib baik la Hari Raya Qurban je. Bukan nak shopping raya apa pun. Kalau tak memang dah hilang pergi shopping. Datang pagi-pagi punch card, lepas tu keluar pergi shopping. Ada ke yang shopping untuk Hari Raya Qurban ni? Haha. Memang tak pernah dibuat orang la.

Selalunya kalau tiba cuti raya macam ni yang jadi mangsa mesti pekerja yang memegang status bujang. Disuruhnya kerja hingga saat akhir. Apa ingat orang bujang ni tak boleh nak bercuti ke. Bab ni memang aku betul-betul tak puas hati. Haha.

Akupun sebenarnya tengah berkira-kira lagi nak ambik separuh ke atau kerja je sampai pukul 5.00 petang macam biasa. Bos dah bagi green light kalau nak ambik separuh hari. Tengoklah nanti macam manakan. Kalau tak kerja je la sampai petang.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • sukma 17 October 2013 at 12:20 PM

    kahwin ler cepat gamaknya…senang cuti awal….hoho

    Reply
  • AUC 17 October 2013 at 11:12 AM

    tu kira berkorban jg sebelum dikorbankan πŸ™‚

    Reply
  • tia 16 October 2013 at 12:43 AM

    heheh. belum merasa alam pekerjaan. sehari sebelum raya memang lekat dekat rumah je kot πŸ™‚

    Reply
  • sharinginfoz 15 October 2013 at 8:34 PM

    Memang betul jalan smooth aja

    Reply
  • Zuan 15 October 2013 at 5:37 PM

    hehe yang bestnye tak ramai orang. free je rasa.. haha tapi den blk lmbt gak ari senin semalam. tak smpat ke surau tuk takbir

    Reply
  • Sop 15 October 2013 at 6:43 AM

    syok sbb lengang
    xbest sbb xramai org…
    mood raya katakan… hehhee
    Sop pun kerja samalam πŸ™

    Reply
  • Rizkyzone.com 14 October 2013 at 11:51 PM

    di malam takbiran ini saya juga ngeblog sembari bekerja sob

    Reply
  • yui 14 October 2013 at 11:17 PM

    hihi. kt pun keje siang td..

    sok ja cuti.. biasalah bujang =)

    Reply
  • deno 14 October 2013 at 10:54 PM

    salam aidil adha πŸ™‚

    Reply
  • pahan 14 October 2013 at 10:32 PM

    oo. keciannya kerja.haha. aku apply cuti trus.hehe

    Reply
  • hafiz 14 October 2013 at 10:13 PM

    takpe nanti dah kahwin akan melalui masa ini

    Reply
  • tmm 14 October 2013 at 10:13 PM

    balik lewat hari ni… sebab esok cuti raya, kena pastikan ATM machine ada duit utk esok…hurmmm

    Reply
  • TehR 14 October 2013 at 6:45 PM

    malam tadi sesak teruk jalan keluar Kota Bharu ke Tumpat

    Reply
  • akubiomed 14 October 2013 at 6:03 PM

    Orang bujang perlu berkorban bertugas untuk mereka yang sudah berkahwin untuk bercuti awal. πŸ™‚

    Reply
  • Myra Jay 14 October 2013 at 3:54 PM

    Memang best klau keje masa2 gini sbb jln lengang + x sibuk sgt.. boleh relax2 πŸ™‚

    Mcm asben pun rini keje sebab wlau da kawen kami kpg dekat je, so kena la asben keje πŸ™‚

    Reply
  • ajumohit 14 October 2013 at 3:17 PM

    hahahaha seronok ke tu?? itu badan je kat opis, fikiran dah ingat nak raya kan? hahahahaha

    Reply
  • Anak Askar Pencen 14 October 2013 at 2:03 PM

    Time-time ni macam ni memang boleh buat ofis ni macam abah kita yang punya. Hahaha.

    Kat ofis ko tinggal berapa kerat je yang keje skang ni?

    Reply
  • Amar 14 October 2013 at 1:57 PM

    Orang yang diberi peluang memikuk tanggung jawab hingga saat akhir ni ialah orang kepercayaan majikan. Orang penting. Peluang begini perlu diterima sebagai satu penghargaan. πŸ™‚

    Reply
  • Harian Post 14 October 2013 at 1:04 PM

    Belum masuk alam pekerjaan, belum merasa ‘kerja’ di hari raya hehe. Setahun dua lagi mungkin akan merasa semua ni, fuh!

    Reply
  • papa mifz 14 October 2013 at 1:00 PM

    den tengah kerja nih , sampai pukul 10 malam…wife den pulak esok kerja di pagi raya…hoho

    Reply
  • t.a.t.a 14 October 2013 at 12:17 PM

    yeah. join the club. tak beli apa-apa pun. lagi pun duduk dengan parent, so lagi la no hal.

    Reply
  • titan 14 October 2013 at 11:58 AM

    hehe..sila kerja. gua cuti dari hari jumaat lagi.

    Reply
  • rozuan 14 October 2013 at 11:48 AM

    orang bujang tak pe keje sebelum raya pon.huhu

    Reply
    • Hazmin Hamudin 14 October 2013 at 11:51 AM

      Kih3. Ni diskriminasi di tempat kerja ni.

      Reply
  • Bahrain 14 October 2013 at 11:07 AM

    kalau takde benda kat ofis better balik rumah..haha, SELAMAT HARI RAYA AILDILADHA.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 14 October 2013 at 11:50 AM

      Haha. Pusing2 situ jugak. Selamat Hari Raya Aidiladha jugak bro.

      Reply
  • 4feet8 14 October 2013 at 10:53 AM

    Nak half day juga… tapi, takut balik rumah nanti, tido..kan ke rugi namanya tu.. hehe..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 14 October 2013 at 11:00 AM

      Takda nak membazir sebab cuti banyak lagi. Ada 41 hari lagi cuti.

      Reply
  • Strider 14 October 2013 at 10:30 AM

    sama laa bro…nampaknya kita geng..hari bonus keje time2 macam ni kalau boss takde..hahha..

    Regards,
    -Strider-

    Reply
    • Hazmin Hamudin 14 October 2013 at 11:00 AM

      Haha. Betul tu bro. Patut time bos kerja la baru cuti. Haha

      Reply
      • Strider 14 October 2013 at 3:26 PM

        itu laa yang terbaik…

        Reply
  • profhariz 14 October 2013 at 10:28 AM

    Jika rasa ada kepentingan di rumah sila buat setengahari. Jika tak teruskan sahaja πŸ™‚

    Reply
    • Hazmin Hamudin 14 October 2013 at 11:00 AM

      Macam takda kepentingan je. Kih3.

      Reply
  • wazy 14 October 2013 at 10:07 AM

    bagi orang bujang macam kita ni dah terbiasa la kan bro bekerja sehari sebelum raya ..hehe.Selamat Hari raya Aidil Adha yer bro

    Reply
    • Hazmin Hamudin 14 October 2013 at 11:01 AM

      Itulah. Memang jadi mangsa la jawabnya. Hehe. Selamat Hari Raya Aidiladha bro

      Reply
  • Mus 14 October 2013 at 9:33 AM

    selamat hari raya!

    Reply
    • Hazmin Hamudin 14 October 2013 at 11:01 AM

      Selamat hari raya bro.

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Gambar-Gambar Kelakar dan Lawak

By Hazmin Hamudin

Laman Web Parlimen Malaysia Digodam

By Hazmin Hamudin

Globe X G-Shock GRX5600GE-1 United By Fate

By Hazmin Hamudin

Travelog Penang | Teochew Cendol Penang Road

By Hazmin Hamudin

Jangan Jadikan Facebook Sebagai Tempat Melepaskan Perasaan

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2025 Β· Genesis Framework Β· WordPress Β· Log in