Siapa yang cuti hari ni? Ataupun boleh jugak aku tanya siapa yang kerja hari ni? Nampak tak soalan yang berbeza tapi kalau diteliti akan dapat jawapan yang lebih kurang sama. Haha. Apa la yang aku merapu pagi-pagi ni. Inilah akibat orang lain bercuti, tapi aku bekerja.
Aku tahu ramai yang masih lagi sedang bercuti. Maklumlah cuti panjang sempena perayaan Deepavali dan disambung pula dengan cuti Awal Muharam. Sudah pasti ramai yang ambil kesempatan untuk bercuti bersama keluarga atau pulang ke kampung halaman masing-masing.
Pagi ni perjalanan aku ke tempat kerja memang sangat lancar. Kereta tak banyak. Cuma ada satu van (mungkin van pekerja sebab penuh lain macam) yang memang kuang ajar tukar lorong sesuka hati mak bapak dia je. Buat spoil pagi aku je. Kalau tiap-tiap hari jalan tak jammed macam ni aku pun sanggup nak kerja tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Kalau korang cuti lama-lama pun takpa. Aku izinkan. Haha. Boleh?
Hari ni penyokong Pahang masih lagi dibuai mimpi-mimpi indah dengan kemenangan menewaskan Kelantan dalam perlawanan akhir Piala Malaysia malam semalam ke? Tahniah aku ucapkan sekali lagi kepada pasukan Pahang. Tunggu kebangkitan pasukan Selangor musim depan. Haha. Kalau kalah matik aku.
Hari ni merupakan hari terakhir tahun Islam 1434H. Kita ni dah terbiasa sambut tahun baharu Masihi. Tahun baharu Islam ni berapa kerat je la yang nak sambutnya. Ni dalam kontek orang muda la. Aku tahu orang-orang tua memang penuh dekat surau dah masjid tu.Petang ni selepas Asar jangan lupa baca doa akhir tahun dan baca juga dia awal tahun selepas sudah solat Maghrib. Ni pun peringatan untuk diri aku juga supaya tak terlupa.
Kota Bharu paling lama cuti, dari Jumaat sampai Selasa. Ngam 5 hari. Buka je pejabat2 kerajaan hari Rabu, hah hambek .. jalan jem macam hari raya. Dah semua orang nak settlekan kerja yg dah terbengkalai 3 hari tu. Haru betul.
MJ bercuti direct dari ari Sabtu, so harini baru start keje, alahai lemau betul ๐
Assalamualaikum.
Semalam, saya pun kerja juga..tpi mcm tak bekerja.hehe, takda kerja sgt..satu departmnt santai bersantai je,hehe
Hari ni cuti..mcm blur2 plak..dah cuti nak kerja..dah kerja nak cuti pula,hehe
ciktom tgh mood cuti seminguu..huhu
Aku cuti hari ni. Mula2 aku igt cuti sebab pahang menang. hahaha
SA memang amik cuti tahun..saja temankan mak SA yang x sihat…
Bercuti hari ini tetapi tidak ada kemenangan dengan kemenangan pasukan Pahang. ๐
sy keje..cuti da abis..
p/s menjawab pertanyaan…set dlm kotak pink tu – mainan… nk buat perhiasan pon boleh
aku kerja.
paling tak suka kalau duduk belakang driver yang suka-suki hati dia brek. kereta depan jauh lagi, dia dah brek. dengan kita-kita sekali terbrek sama. kuang asam betul driver macam tu.
aku cuti ๐
koi cuti..hahah cuti peristiwa sebab Pahang masuk final..
Syok betul hari kerja macam hari ni. Rasa lapang. Kat ofis lapang, kat jalan raya pun lapang. Kalau hari-hari kerja takda pressure macam ni, mau aku tiap-tiap tahun dapat APC. Hahaha
Tak cuti :/ ofis sunyi je :/
Itulah. Ramai yang bercuti lagikan. Hehe
keje jugak.
jalan lancar. Biasa sejam nak sampai office. harini 30minit saja..
Wah.. Kira cepat jugak tu.. Hehe. Selamat bekerja.
Saya koje hari ni..huhu
Hari ni jalan lengang.. Hehe