• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Umum / Suasana dan Ragam Selepas Hari Raya Aidilfitri

Suasana dan Ragam Selepas Hari Raya Aidilfitri

By Hazmin Hamudin | 5 September 2011 | 4 Comments

Monday Blues Selepas Raya

Setelah seminggu bercuti panjang sempena Hari Raya Aidilfitri, maka hari ni ramai la berduyun-duyun melakukan rutin harian seperti biasa ke pejabat. Tapi yang peliknya jalan hari ni tak pulak sesak macam selalu. Di manakah mereka-meraka ini berada ? Memang menyeksakan jiwa dan raga jugaklah nak dapatkan mood bekerja semula setelah lama bercuti ni. Terasa lemau satu badan.

Bila kena pergi kerja setelah lama bercuti raya ni, bermacam-macam ragam manusia dapat kita lihat. Paling senang nak nampak, bila kita online Facebook ataupun Twitter. Maka bermacam-macam status berbunyi rungutan akan terpampang dekat wall FB mereka. Antara status “AHHH NAK CUTI LAGIIII!”, “mulakan kerja dengan penuh semangat”, memang betul-betul memberikan ‘semangat’ kepada mereka yang bekerja. Hahaha… Ada pula segelintir manusia yang masih lagi bercuti dan tidak masuk bekerja lagi akan mengeluarkan ayat memerli pula. Antaranya “hari ni hari bekerja ke ? “, “wah… bestnya cuti, nak tarik selimut balik”. Aku terasa seperti nak sekeh je siapa-siapa yang mengeluarkan ayat sebegini rupa. Betul-betul mencabar minda dan mental kepala aku ni.

Walaupun raya telah seminggu berlalu, tapi dekat ofis aku suasana sangat berbeza. Terasa seperti esok hari umat islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pula. Terasa hening dan sunyi sekali keadaan di ofis. Dari jauh pulak sayup-sayup kedengaran lagu raya dari corong radio.  Masih ramai yang bercuti seolah-olah macam esok nak raya. Seawal pagi hari ni, ramai yang telah keluar beraya di klinik-klinik yang berdekatan untuk mendapatkan ‘duit raya’ yang sangat istimewa daripada doktor. Memang sungguh nikmat dan besar maknanya ‘duit raya’ sekeping tersebut.

Tapi apa-apa pun, yang bekerja akan tetap kena bekerja. Lepas raya, kenalah lakukan rutin harian seperti hari-hari sebelum raya. Masa ni jugak ramai yang poket dah kosong selepas melakukan sedekah dan amal jariah sepanjang hari raya. Maka ramailah yang akan bekerja dengan sekuat hati serta melakukan kerja lebih masa untuk mengumpul kembali duit yang telah selamat disedekahkan kepada budak-budak dan sedara-mara.

Apa-apa pun kenangan semasa bulan Ramadan dan juga kemeriahan menyambut Hari Raya Aidilfitri akan sentiasa diingati dengan harapan tahun hadapan kita akan dapat melalui suasana yang sama lagi serta memperoleh keberkatan dari-Nya.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • edy zaidi 7 September 2011 at 8:11 AM

    salam hari raya ke-9..

    biasa la tu..dah cuti panjang, mmg mood nak masuk keje hilang

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 September 2011 at 11:17 AM

      salam raya. tu la.. sekarang mood kerja semakin datang…

      Reply
  • FD 5 September 2011 at 4:18 PM

    sebagai seorang pelajar, kadang2 cuti agak bosan…. tak ada aper2 nak buat. tapi dekat sekolah best sikit dpt jumpa kawan sambil race motor atau pi kantin same2.. haha

    Reply
    • Hazmin Hamudin 6 September 2011 at 1:05 PM

      biasa la tu bila sekolah, tapi nanti dah kerja terasa nak cuti je atau terasa macam nak sekolah je..haha

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Abby Abadi Bertudung Selepas Pulang Dari Umrah

By Hazmin Hamudin

Jom Keluar Jalan-Jalan

By Hazmin Hamudin

Habuk Je Yang Tinggal

By Hazmin Hamudin

Keputusan Perlawanan Malaysia vs Taiwan 3 Julai 2011

By Hazmin Hamudin

Mentega Golden Churn Pure Creamery Butter Tidak Halal

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2022 · Genesis Framework · WordPress · Log in