• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Berita Terkini / TELCO Setuju Tangguh Kutipan Cukai Perkhidmatan Enam Peratus Prabayar

TELCO Setuju Tangguh Kutipan Cukai Perkhidmatan Enam Peratus Prabayar

By Hazmin Hamudin | 12 September 2011 | 8 Comments

Dalam entri Tambah Nilai Prabayar dan Pek SIM Kena Cukai 6% Mulai 15 September, syarikat-syarikat telekomunikasi (Celcom, Maxis, Digi dan lain-lain lagi) ingin mengenakan cukai perkhidmatan kepada pengguna sebanyak enam peratus setiap kali pengguna menambah nilai dan membeli pek SIM baharu.

Tambah Nilai Prabayar Setelah mendapat tentangan pelbagai pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang dianggap kurang wajar oleh syarikat telekomunikasi terbabit telah menyebabkan menteri yang berkenaan telah campur tangan dalam isu ini. Maka pada hari ini syarikat telekomunikasi bersetuju menangguhkan terlebih dahulu kutipan cukai perkhidmatan enam peratus tersebut sehingga perbincangan bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Walaubagaimanapun, caj perkhidmatan sebanyak enam peratus akan tetap dikenakan kepada pengguna yang membeli pek SIM (pek permulaan prabayar) yang baharu.

Kalau syarikat telekomunikasi (TELCO) membatalkan terus hasrat untuk mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus kepada pengguna untuk membeli tambah nilai, sudah pastinya perkara ini akan memberikan kelegaan kepada pengguna perkhidmatan prabayar yang kebanyakannya adalah remaja dan masih bersekolah.

KUALA LUMPUR: Syarikat telekomunikasi (TELCO) bersetuju menangguhkan kutipan cukai perkhidmatan enam peratus daripada pengguna prabayar sehingga perbincangan semula dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata antara cadangan yang dibincangkan bersama TELCO adalah caj enam peratus itu hanya dikenakan kepada pengguna yang membeli pek permulaan prabayar.

“Setakat ini, itu saja yang kita boleh beritahu.

“Kerajaan akan mengambil kira sumbangan RM6 bilion oleh TELCO kepada sumber pendapatan negara dari 1998 hingga kini sebelum membuat sebarang keputusan,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat bersama TELCO, di Angkasapuri, di sini, sebentar tadi.

Hadir sama, wakil dari Celcom Axiata Berhad (Celcom), DiGi Telecommunications Sdn Bhd (DiGiTel), Maxis Berhad, dan UMOBILE Sdn Bhd (U Mobile).

Minggu lalu, TELCO mengumumkan mereka akan mula mengutip cukai perkhidmatan enam peratus untuk perkhidmatan prabayar Jumaat ini.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • Esempoi 14 September 2011 at 8:18 AM

    entah lama mana tangguh nya tu

    Reply
    • Hazmin Hamudin 14 September 2011 at 12:24 PM

      sampai PRU mungkin ? 🙂

      Reply
  • Myra Jay 13 September 2011 at 10:35 PM

    Mujuq ditangguhkan.. Thanks to Gov kerana mendengar suara hati rakyat..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 13 September 2011 at 11:27 PM

      Tapi tak tahu la sampai bila nak tangguhkan.Biasa la mainan politik je semua ni.

      Reply
  • NuReLLe 13 September 2011 at 8:34 PM

    even postpaid pun de tax kan..hurmmm

    Reply
    • Hazmin Hamudin 13 September 2011 at 8:43 PM

      tu la..dengarnya macam tu..tapi call rate dia rendahkan berbanding prepaid ni..

      Reply
  • W.R 13 September 2011 at 2:13 PM

    tangguh jer bro…nanti apa cer ? hihihi..:)

    Reply
    • Hazmin Hamudin 13 September 2011 at 6:32 PM

      Harap-harap terus cancel la… kalau tak, terpaksa la beralih kepada postpaid.

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Ku Sangka Panas Hingga Ke Petang, Rupanya Hujan Di Tengah Hari

By Hazmin Hamudin

Gambar Majlis Pernikahan Farah AF2

By Hazmin Hamudin

Penyanyi Hattan Dianugerahkan Gelaran Datuk

By Hazmin Hamudin

Pesanan Ikhlas Dari Perdana Menteri Malaysia

By Hazmin Hamudin

Pomade Untuk Gaya Rambut Pompadour

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2025 · Genesis Framework · WordPress · Log in