• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Berita / Tragedi Pesawat Malaysia Airlines MH17 Ditembak Jatuh

Tragedi Pesawat Malaysia Airlines MH17 Ditembak Jatuh

By Hazmin Hamudin | 18 July 2014 | 12 Comments

Pesawat MH17 Terhempas

Terkejut apabila tengah malam tadi mengetahui berita bahawa pesawat Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh di sempadan Rusia-Ukraine. Ya Allah… Tragedi MH370 pun masih lagi belum berjaya diselesaikan dan terjawab sehingga kini, sekarang satu lagi tragedi besar menimpa industri penerbangan negara.

Masa mula-mula baca berita ni pukul 11.30 malam semalam di Facebook, media di Malaysia masih belum lagi melaporkan tentang kejadian ni. Aku terus bergegas bukak berita BBC, CNN dan Sky News yang tengah melaporkan mengenai kejadian pesawat Malaysia Airlines yang terhempas ni. Macam tak percaya aku satu lagi pesawat milik MAS telah terhempas.

Pesawat malang tersebut dalam perjalanan dari Amsterdam menuju ke Kuala Lumpur. MH17 adalah pesawat Boeing 777-2H6ER dengan nombor pendaftaran 9M-MRD berlepas dari Amsterdam pada pukul 10.31 pagi (4.31 petang waktu Malaysia) dengan membawa 280 orang penumpang dan 15 orang anak kapal.

Dikatakan pesawat MH17 telah ditembak oleh peluru berpandu jenis BUK-M1 milik pemberontak pro-Rusia. Jika benar adalah sangat menyedihkan apabila pesawat komersial yang membawa penumpang yang tidak bersalah ditembak jatuh dengan peluru berpandu dan meletup di udara.

Dengan ini aku ingin merakamkan ucapan takziah kepada semua keluarga yang terlibat dalam penerbangan MH17 ini. Semoga mereka semua dapat hadapi dugaan yang besar ini dengan tabah dan tenang.

Aku pasti lepas ni aku penuh berita pasal kes MH17 ni di media sosial. Janganlah pulak dikongsi gambar-gambar yang boleh mendatangkan aib kepada mangsa dan seluruh ahli keluarga mangsa yang terlibat. Cukuplah sekadar buat tatapan untuk diri sendiri.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • Ismail N 26 July 2014 at 5:12 PM

    Lepas MH17, pesawat Taiwan pun terhempas dan Air Algerie hilang.. Mereka yang dalam airline industry sure pening kepala sekarang..

    Reply
  • JAYMIEE 24 July 2014 at 5:51 PM

    Takziah buat semua kaum keluarga dan sahabat handai penumpang dan kru mh17

    Reply
  • Fiza Rahman 24 July 2014 at 3:28 PM

    Sedih sangat. Innalillahi wa’inna’ilaihi roji’un dan takziah. Smoga keluarga mangsa² yg terlibat tabah.

    Reply
  • anies 24 July 2014 at 12:12 PM

    p/s SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN SEPANJANG PERKENALAN & PERSAHABATAN KITA MESKIPUN HANYA BERLEGAR DI ALAM MAYA. JEMPUTLAH DATANG KE RUMAH YA…

    Reply
  • TehR 24 July 2014 at 12:22 AM

    moga2 keluarga mangsa yang terkorban sentiasa banyak bersabar
    dugaan sering datang tanpa disangka

    Reply
  • LydSunshine 23 July 2014 at 11:45 AM

    sed1h sgt b1la dpt ber1ta n1.

    Reply
  • suriaamanda 22 July 2014 at 3:35 PM

    Semoga semua mayat mangsa dapat di bawa pulang sebelum aidilfitri….amin…

    Reply
  • gadisBunga 22 July 2014 at 2:20 PM

    dengar sudah ada perkembangan terkini yang positif. kite teruskan berdoa agar segala urusan berjalan lancar hingga ke akhirnya…

    Reply
  • ema 21 July 2014 at 3:37 PM

    sama-samalah kita berdoa agak jenazah dapat dibawa balik ke Malaysia walaupun tinggal secebis untuk dikebumikan dengan sempurna mengikut agama masing-masing.

    Reply
  • amirulfaiz 19 July 2014 at 6:08 PM

    Kita sebagai rakyat Malaysia mesti bersatu hati mengharungi dugaan yang sangat menyayat hati ini. 🙁

    Reply
  • Arni Harlina 18 July 2014 at 9:34 PM

    Al fatihah

    Reply
  • Anim 18 July 2014 at 10:47 AM

    kak pun baru tau subuh tadi. nampaknya sehari ni tv terpasanglah jawabnya macam tragedi mh370..
    musibah buat negara buat kali ke 2. alfatihah buat mereka yang beragama Islam

    Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Keputusan Malaysia vs Liverpool | Liverpool Asia Tour 2011

By Hazmin Hamudin

Apple Lightning to Micro USB Adapter

By Hazmin Hamudin

Keputusan Penuh Anugerah Astro Arena 2012

By Hazmin Hamudin

Video Maharaja Lawak Akhir (Minggu 13)

By Hazmin Hamudin

Apabila Ofis Mengikut Jejak Langkah SKMM

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2022 · Genesis Framework · WordPress · Log in