• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Gym / Beli Whey Protien Dymatize ISO 100 Di MyProtein Shop

Beli Whey Protien Dymatize ISO 100 Di MyProtein Shop

By Hazmin Hamudin | 12 August 2014 | 42 Comments

Kotak Pos

Beli Whey Protien Dymatize ISO 100 Di MyProtein Shop. Kalau main gym tapi tak ambik whey protein ni memang tak sah aku rasa. Sebelum ni aku ada beli whey protein Nitro Tech Performance Series perisa chocolate dekat Muscle Mania Club, Wangsa Maju – Rujuk Whey Protein Dan Muscle Mania Club. Dah selamat habis dah aku minum whey protein tu.

Sekarang tengah nak aktif balik kena la order baru. Sebenarnya kalau tak nak ambik whey protein ni pun boleh je. Boleh ambil sumber protein semulajadi macam telur, ayam dan daging. Sehari paling kurang aku rasa kena makan lapan biji telur, ayam tu pulak lagi elok kalau dapat makan sekor sorang. Dah macam jin pulak aku rasa selera macam tu. Tapi sebaiknya kira la jumlah protein yang diperlukan oleh badan masing-masing.

Memandangkan aku seharian kerja memang takda masa la nak makan sampai macam tu. Lagipun dah macam jin pulak aku rasa kalau dah makan telur dekat 10 biji disamping ayam sekor. Haha. Sebagai alternatif bolehlah ambil whey protein ni. Tak payah nak pening-pening kepala.

Dymatize ISO 100 Whey Isolate

Kali ni aku beli secara SMS pulak. Bukan secara online ok. Tapi bukan dekat Muscle Mania Club. Kali ni ubat angin dekat MyProtein Shop pulak. Sebabnya dekat sini je yang ada whey protein yang aku nak. Buat bayaran hari Rabu minggu lepas dan hari Khamis keesokan harinya sampai dah whey protein ni. Boleh tahan jugak cepat servis diorang ni. Sekali sampai kotak bukan main besar. Tengok gambar atas tu.

Kali ni aku ubah selera cuba Dymatize ISO 100 Whey Protein Isolate pulak. Perisa masih lagi sama iaitu perisa chocolate. Lepas ni nak cuba cookies & cream pulak kalau ada stok. Kira whey protein yang ni lagi terbaik la daripada Nitro Tech yang aku beli sebelum ni. Aku nak terangkan bab saintifik dan teknikal pasal benda ni tak padai sebenarnya. Korang boleh la Google pasal benda ni. Aku cuma boleh cakap yang ni lagi baik dari Nitro Tech tu. Rasapun jauh lagi baik. Kira boleh la aku nak hadam benda ni. Beli mahal-mahal tapi tak tertelan rugi wo. Harga? Kalau nak beli range harga dalam RM210 – RM220 untuk berat 5 LBS.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • anies 15 August 2014 at 11:27 AM

    taf la pas ni yek

    Reply
  • Norfanil 13 August 2014 at 6:04 PM

    misi 6pax keni? perghh..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 14 August 2014 at 8:38 AM

      Takda la six pack pun. Seksa jugak nak dapat. Hehe

      Reply
  • Myra Jay 13 August 2014 at 12:28 PM

    Kalau lalu dengan anak tekak, okla beli kan..
    tapi harga boleh tahan jugak ye..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 14 August 2014 at 8:38 AM

      Ada yang murah, tapi kualiti takda. Rasa pun tah apa2. Hehe

      Reply
  • Ismail N 13 August 2014 at 8:59 AM

    Pergh.. dah makan mende2 ni, mesti angkat lah besi ari-ari. Kalau dah cukup tough boleh lah geng dengan Sazali Samad 😀

    Reply
    • Hazmin Hamudin 13 August 2014 at 10:45 AM

      Geng dengan Sazali Samad jauh betul bezanya. Haha.

      Reply
  • Zuan 13 August 2014 at 8:09 AM

    den ambil protin juga. tapi untuk tenaga je la, bukan untuk besarkan badan.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 13 August 2014 at 10:44 AM

      Wah… Untuk tenaga je ke? Bergantung dekat orang jugakkan.

      Reply
  • Hairul Hissam 13 August 2014 at 6:38 AM

    perghhh, nak kena bedal. seekor ayam sehari.. saya dua ketul pun tak larat nak habiskan.. heee
    bagus juga tu ada alternatif whey protein. 😀

    Reply
    • Hazmin Hamudin 13 August 2014 at 10:44 AM

      Tak kisah ayam ke apa asalkan sumber protein. Tapi nak senang ambik whey protein ni je bro.

      Reply
  • ajumohit 13 August 2014 at 5:37 AM

    nnti update pula perkembangan selepas makan protein ni, wahhh gittew

    Reply
    • Hazmin Hamudin 13 August 2014 at 10:43 AM

      Perkembangan badan semakin kembang? Hehe

      Reply
  • Bahrain 13 August 2014 at 12:10 AM

    Lepas ni jadi abg sadola ni. hahahaha. Macam berat aku tgk whey protein ni.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 13 August 2014 at 12:34 AM

      Takda la sado mana pun bro. Bukan senang nak dapat badan sado tu. Serius cakap ni. Tak berat pun whey tu. 5 LBS je. Hehe

      Reply
  • akubiomed 12 August 2014 at 11:05 PM

    Ada kata nak cepat ambil barang. Risiko tanggung sendirilah.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 12 August 2014 at 11:09 PM

      Memang pun bro. Majoriti yang badan cantik tu memang ambik ‘barang’ tu. Takda la saya nak ambil benda tu. Merosakkan diri je.

      Reply
  • hafidzramli 12 August 2014 at 4:59 PM

    Lama tak dengar “beli secara sms” huhu

    Reply
    • Hazmin Hamudin 12 August 2014 at 11:08 PM

      Haha. Tapi tu la hakikatnya. Berurus niaga secara sms je.

      Reply
  • JR 12 August 2014 at 4:51 PM

    Selain dari atlet angkat berat yang mampu bedal telur sampai 8-10 biji dan seekor ayam sekali makan, satu lagi spesis makhluk yang mampu habiskan makanan sebanyak itu ialah hantu raya…. hehehehe…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 12 August 2014 at 11:08 PM

      Haha. Sampai hantu raya terselit jugak ye bro JR. Yang tu memang tak boleh nak lawan la.

      Reply
  • Hafizul 12 August 2014 at 1:42 PM

    Ohh yang ni ke yang buat body jadi ketul2 tu?haha

    Reply
    • Hazmin Hamudin 12 August 2014 at 1:55 PM

      Yang buat body ketul2 kena workout bro. Diet pun kena jaga jugak. hehe

      Reply
  • Melastik Bintang 12 August 2014 at 1:00 PM

    nak jadi abang sado ke ni bro..haha…

    workout2…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 12 August 2014 at 1:08 PM

      Haha. Nak sado macam dah terlewat je. Sikit2 boleh la ni.

      Reply
  • tiha 12 August 2014 at 12:16 PM

    boleh tahan harga dia
    perisa coklat sedap
    ni kalau saje2 nak makan
    untuk diet atkins boleh ke

    Reply
    • Hazmin Hamudin 12 August 2014 at 1:07 PM

      Rasanya ada je yang buat atkins ambik. Tapi tak pasti jenis yang mana ni kak. Boleh try tanya kot.

      Reply
  • Anak Askar Pencen 12 August 2014 at 12:15 PM

    Lepas ni Hazmin dah boleh jadi abang sado la. Keluar gi jalan-jalan pakai singlet je. Hehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 12 August 2014 at 1:07 PM

      Haha. Jauh perjalanan nak jadi sado tu. Yang sado tu kebanyakkannya ambik steroid. Takda la nak sampai macam tu.

      Reply
  • suri 12 August 2014 at 12:02 PM

    erk..dalam satu kotak besar ada berapa botol?

    Reply
    • Hazmin Hamudin 12 August 2014 at 12:22 PM

      Tu kotak untuk pos je tu suri. Hehe. Dalam tu ada sebotol je tu. Hehe

      Reply
  • Nafira 12 August 2014 at 11:57 AM

    Sama cam protien yang adik saya amik.
    boleh tahan jugak harganye kan. juling jugak bijik mata nak membelinye. hehehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 12 August 2014 at 12:21 PM

      Sama jenis ke dgn adik punya? Hehe. Itulah. Tiap kali nak beli mesti fikir banyak kali punya.

      Reply
  • uncle gedek 12 August 2014 at 11:45 AM

    Woih! Mahalnya! Takpelah uncle pon perot dah boroi! haha

    Reply
    • Hazmin Hamudin 12 August 2014 at 12:21 PM

      Hehe. Boleh tahan la jugak harga tu uncle. Perut boroi uncle tu jadi pojaan jugak tu.

      Reply
  • yui 12 August 2014 at 11:38 AM

    yg main gym lbh tahu bnda2 cmni..ekekek.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 12 August 2014 at 12:20 PM

      Yang diet atkin pun kira tau jugak pasal protein ni kan yui. haha

      Reply
  • Hero Borneo 12 August 2014 at 10:39 AM

    saya kalau masih bujang memang mau buat badan cantik dengan makanan suplimen macam tu..sekarang dah kahwin mau kasi poket cantik sahaja maa..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 12 August 2014 at 12:20 PM

      Kalau poket cantik lagi best. Yang tu lagi menarik. Kalau kedua2nya cantik kira bonus. hehe

      Reply
      • Hero Borneo 13 August 2014 at 6:40 AM

        kalau dah ada pakej..boleh pasang dua la nie..ha..ha.

        Reply
  • Mrs. A 12 August 2014 at 10:04 AM

    Ermm… tak reti sangat pasal benda ni…
    Untuk lelaki membina otot aje ker..ataupun supplement???

    Reply
    • Hazmin Hamudin 12 August 2014 at 12:19 PM

      Protein ni kalau diikutkan untuk perbaiki otot dan bina otot. Hehe.

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Suami Boleh Mati Pucuk Jika Isteri Gaji Besar

By Hazmin Hamudin

Kronologi Perhimpunan ‘Duduk Bantah’ Bersih 3.0 Di Dataran Merdeka

By Hazmin Hamudin

Wordless Wednesday #5

By Hazmin Hamudin

Kenangan dan Sejarah Hari Malaysia

By Hazmin Hamudin

Obses Dengan Tarikh Menarik

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2025 · Genesis Framework · WordPress · Log in