Gara-gara tidak sabar menunggu ayam goreng yang dipesan, seorang pelanggan bukan sahaja ditumbuk malah turut ditendang oleh seorang kakitangan KFC dalam satu kes pergaduhan baru-baru ini. Kejadian tersebut yang didakwa berlaku di salah sebuah cawangan restoran makanan segera tersebut di Shah Alam itu sempat dirakam oleh orang ramai.
Berita
Penggodam Anonymous Ingin Menyerang Facebook
WASHINGTON: Penggodam internet yang terkenal menggunakan nama Anonymous, mengumumkan pelan untuk melancarkan serangan ke atas rangkaian sosial popular, Facebook, pada Sabtu minggu ini. Kumpulan berkenaan menyiarkan video di laman YouTube mengumumkan rancangan itu. “Perang online sudah bermula antara Anonymous, orang ramai dan kerajaan Amerika Syarikat,” menurut video berkenaan.
Ribut Solar Terkuat Melanda Bumi
WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) – Beberapa pegawai cuaca angkasa lepas menyatakan ribut solar paling kuat dalam tempoh lebih enam tahun akan mengenai Bumi dengan pancaran radiasi akan berlaku. Sebelum ini, radiasi ribut solar cuma mengganggu satelit dan mendatangkan masalah kepada angkasawan di angkasa lepas. Namun, ia juga boleh menyebabkan gangguan komunikasi pada pesawat yang berada[Read More]


