• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Hiburan / Gambar Majlis Perkahwinan Ana Rafali dan Naim

Gambar Majlis Perkahwinan Ana Rafali dan Naim

By Hazmin Hamudin | 25 February 2012 | 2 Comments

Hari ini berlangsung MAJLIS PERKAHWINAN ANA RAFALI DAN NAIM. Dengan sekali lafaz, penyanyi Ana Raffali, 26, sah bergelar isteri kepada Ahmad Aznaim Abdullah, 30, selepas menyulam cinta selama tujuh tahun.

Majlis pernikahan mereka diadakan di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati di sini, kira-kira pukul 12 tengah hari Sabtu. Pasangan tersebut berwali dan dinikahkan oleh bapa Ana, Mohd Raffali Mohd Nor dengan disaksikan oleh Jurunikah Masjid Al-Hidayah, Abdullah Mat.

Acara sebelum itu dimulakan dengan majlis pertunangan antara Ana dan Naim pada pukul 11 pagi. Majlis dihadiri kira-kira 500 jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga kedua-dua pasangan pengantin dan wakil media.

Pengantin perempuan menerima RM11,412 sebagai mas kahwin dan wang hantaran daripada pihak lelaki beserta tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang. Antara barang hantaran yang diberikan oleh pihak perempuan kepada lelaki adalah seperti bunga rampai, buah, kek, dompet, kamera, iPad, jam tangan dan minyak wangi, sebentuk cincin dan sirih junjung. Manakala Naim membalas dengan sirih junjung, coklat, telekung, minyak wangi, manisan dan gelang tangan perak. Kesemua hantaran itu direka dan digubah sendiri oleh Ana.

Ana tampak anggun dengan mengenakan busana baju kurung moden rekaan pereka fesyen, Ezuwan Ismail dari rona kelabu manakala Naim segak dengan baju Melayu lengkap bersamping dengan warna sedondon dari pereka sama.

Sementara itu, majlis resepsi perkahwinan mereka turut diadakan di tempat sama sejurus selepas majlis pernikahan.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • akubiomed 27 February 2012 at 12:57 PM

    Difahamkan suaminya juga pengurus. Senanglah dapat menjaga isteri dengan baik.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 27 February 2012 at 6:40 PM

      a’ah bro… suami ana rafali adalah pengurusnya sendiri.

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Yang Wajib Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

By Hazmin Hamudin

Wordless Wednesday | Jom Berkursus

By Hazmin Hamudin

Berblog Ikut Waktu Pejabat

By Hazmin Hamudin

Penyampai Radio Semakin Hilang Kualiti

By Hazmin Hamudin

Esok Dah Gaji

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2023 · Genesis Framework · WordPress · Log in