Bulan Oktober telah melabuhkan tirainya berlalu pergi meninggalkan kita dengan seribu macam kenangan tak kira sama ada kenangan manis mahupun pahit. Tapi itulah asam garam kehidupan yang pasti akan mematangkan kita dari hari ke hari. Bulan Oktober juga telah mengajar aku lebih menghargai nikmat yang telah Allah beri apabila aku melalui sendiri pengalaman menjadi pekak. Suatu pengalaman yang sukar untuk dilupakan.
Kini November menjelang tiba membawa pelbagai harapan baru kepada kita. Memang betullah November dan hujan sukar untuk dipisahkan. Tiap tahun bila masuknya November, air mata hujan akan turut sama mengiringi sepanjang perjalanan bulan ini. Hujan lebat yang berpanjangan sejak kebelakangan ini menandakan ketibaan musim tengkujuh yang biasanya berlarutan beberapa bulan.
Seperti kebanyakan orang, musim tengkujuh bukanlah musim yg ditunggu-tunggu. Pelbagai bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh akibat hujan yang turun tidak henti-henti sudah pastinya boleh mengundang kecelakaan dan kehilangan nyawa. Pesan aku, di musim-musim banjir hendaklah sentiasa peka dengan arahan pihak keselamatan dan sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan. Harap tiadalah berlaku kemalangan sehingga kehilangan nyawa yang tersayang.
Hujan adalah anugerah daripada yang Maha Esa dan Allah turunkan hujan ni mesti ada sebabnya. Hujan merupakan satu daripada nikmat Allah. Sungguhpun perkara ini sudah diketahui, namun masih ada lagi insan-insan yang mengeluh dan mencela ketika hujan turun. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“Dialah yang telah menurunkan air hujan dari langit untuk kamu,sebahagiannya menjadi minuman dan sebahagiannya yang lain menyuburkan tumbuh-rumbuhan yang pada (tempat tumbuhnya) kamu mengembala ternakmu. Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan tersebut tanam-tanaman zaitun,kurma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda ( kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikir.”
(An-Nahl:10- 11)
Bulan November, musim hujan, lalu fikiranpun melayang-layang teringatkan bait-bait lagu November Rain nyanyian kumpulan Guns N’ Roses yang cukup terkenal suatu masa dulu. Memang sedap dan sungguh melayan perasaan lagu ni. Adakah secara kebetulan kumpulan Guns N’ Roses ni mencipta lagu dengan tajuk yang sangat sesuai dengan cuaca di Malaysia setiap kali tibanya bulan November. Jom layan lagu Novemver Rain ni di kalau tibanya musim hujan di bulan November ni.
November Rain
When I look into your eyes
I can see a love restrained
But darlin’ when I hold you
Don’t you know I feel the same
‘Cause nothin’ lasts forever
And we both know hearts can change
And it’s hard to hold a candle
In the cold November rain
We’ve been through this such a long long time
Just tryin’ to kill the pain
But lovers always come and lovers always go
An no one’s really sure who’s lettin’ go today
Walking away
If we could take the time to lay it on the line
I could rest my head
Just knowin’ that you were mine
All mine
So if you want to love me
then darlin’ don’t refrain
Or I’ll just end up walkin’
In the cold November rain
Do you need some time…on your own
Do you need some time…all alone
Everybody needs some time…on their own
Don’t you know you need some time…all alone
I know it’s hard to keep an open heart
When even friends seem out to harm you
But if you could heal a broken heart
Wouldn’t time be out to charm you
Sometimes I need some time…on my
own Sometimes I need some time…all alone
Everybody needs some time…on their own
Don’t you know you need some time…all alone
And when your fears subside
And shadows still remain, ohhh yeahhh
I know that you can love me
When there’s no one left to blame
So never mind the darkness
We still can find a way
‘Cause nothin’ lasts forever
Even cold November rain
Don’t ya think that you need somebody
Don’t ya think that you need someone
Everybody needs somebody
You’re not the only one
You’re not the only one
di kl pun hujan kuat sekarang…
Hari ni dari petang sampai malam hujan tak berhenti dekat sini,
Hujan ini suatu rahmat. Saya suka hujan, saya suke sejuk2…tidur tengah hujan mmg best…
Saya pun suka hujan.. Sejuk je rasa..
Hujan untuk makhluk yang hidup, satu rahmat dari Allah.. bertuah tang negara kita tak pernah surut dengan hujan kan.. betul2 sentiasa beringat bila banjir berlaku.. moga selamat semuanya 🙂 wah lagu november rain memang best
HUjan hujan camni cepat lapo…. huhuhu asyik nak makan jer.. 🙂
Abis la naik berat badan Nurul tu. 🙂
Kalau hujan selalu ingat katil dan selimut sahaja. 🙂
Bila sejuk-sejuk, itulah aktiviti yang paling menarik 🙂
anggap saja hujan tu satu rahmat !
Hujan memang rahmah Allah Kak KA… Kena sentiasa bersyukur.
bulan november penuh dengan makna tersirat .. Tetapi kita lupa bulan ini lah sebenarnya banjir datang ..bila-bila masa saja
Itulah.. Kena lebih berhati-hati.
yaa..tersalah perbuatan dan bicara, Allah pasti turunkan bala kepada orang yang dikehendakinya
Sebab tu lah kita kena sentiasa beringat.. 🙂
itu sudah semestinya :]
bulan november ni memang bulan yang penuh kesyahduan sebenarnya…bulan yang sangat menenangkan…
Kalau rumah kena banjir memang tak tenang jugak bro. Hehe