Kematian,
Pergi yang tak mungkin kembali lagi,
Yang tinggal semoga mengingati,
Bahawa jejak itu akan tetap dituruti,
Jangan pula bersenang hati.
Kematian,
Sentiasa menyelubungi kita,
Tiada satupun mahluk yang dapat lari,
Setiap insan pasti akan merasai mati,
Tidak mengenal usia ataupun masa.
Kematian,
Adalah satu destinasi,
Pasti akan kita temui,
Cuma masa tidak kita pasti,
Hanya Allah lebih mengetahui.
Kematian,
Seringkali ditakuti, digeruni,
Oleh sekalian manusia di bumi ini,
Tapi kenapa harus ditakuti,
Jika iman dan taqwa dijadikan pakaian diri.
Kematian,
Suatu kesedihan, suatu kehilangan,
Hilangnya insan yang tersayang,
Pastinya air mata mengalir bercucuran,
Tanda kesedihan yang nyata.
Kematian,
Biar apapun rasa yang tersirat,
Walau bagaimana jua nota tersurat,
Segerun mana orang melihat kelibat,
Segalanya hilang bersama gelapnya lahat.
LGM
22 Mei 2012 / 1433H
Ingat mati sementara pintu taubat itu masih terbuka 🙂
Sebab itu Allah merahsiakan bila kita akan mati supaya kita sentiasa bertaubat dan beriman kepadaNya.
Kematian
tiada apa yang harus ditakutkan
berserahlah segala jiwa
kerna kita menuju langit Pencipta
Yang Maha mengasihi hambaNya
yang taat dalam iman dan takwa.
Indah kata-kata bro. Jika cukup semua amalan, memang tiada apa yang perlu ditakutkan.
Bersangka baiklah
lakukanlah segala ketaatan
amalan itu Allah yang menilai
ikhlas dan redha juga kuncinya
perbaikilah segala ada masa.
yup memang setiap yang hidup akan merasai mati. Kekadang aku tanya diri sendiri adakah bekalan aku ini sudah cukup ataupun tak de langsung untuk menuju kematian.
Memang timbul keinsafan, sama ada cukup ke tidak amalam kita ni.
kita leh jaga tingkah laku kita jika kita sellau ingt mati..
Tu la.. Pasti akan timbul kesedaran tu bila kita ingat mati.