Maaf, aku sedikit sibuk untuk beberapa hari ini sehinggakan tiada masa untuk berblog. Maksudnya tiada masa untuk berblog dalam tempoh yang lama. Setakat entri ringkas sahaja yang sempat aku buat. Tuntutan tugas perlu diutamakan terlebih dahulu.
Mulakan Hari Dengan Sarapan
Mulakan hari dengan sarapan supaya boleh fokus untuk buat kerja. Tak kiralah sarapan sihat ataupun tak berapa nak sihat, janji perut kenyang kan. Serius kalau perut lapar memang aku tak boleh nak fokus buat kerja. Asyik fikir nak makan je. Korang macam tu tak?
Hukum Menyambut Hari Ibu
Sempena kedatangan Mei ini, pasti ramai yang mengingati sambutan Hari Ibu. Sambutan Hari Ibu biasanya disambut pada minggu kedua bulan Mei setiap tahun di beberapa buah negara termasuk Malaysia dan di negara-negara lain. Pada tahun ini Hari Ibu akan disambut pada 12 Mei 2013.

